Khamis, September 06, 2012


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor enggan memperincikan keputusan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayar sejumlah RM345 juta untuk tanah seluas 535 hektar di Bukit Beruntung 2 dengan harga lebih tinggi dari pasaran seperti yang didakwa MCA.

Sebaliknya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa tiada penyelewengan keatas pengutipan semula hutang Talam Corporation (Talam) berdasarkan laporan syarikat audit KPMG yang dikeluarkan.

"Saya rasa kalau setiap keping tanah kita perlu jawab, kita rasa tidak perlu. Kerana sebelum ini mereka (MCA) teruskan bangkit untuk kita jawab setiap keping tanah dan isu ini," katanya pada satu sidang media khas tadi.

Tony sebaliknya menggesa MCA menerima laporan KPMG yang telah diaudit sepenuhnya untuk hutang berkenaan.

"Apa yang penting ialah selepas laporan audit telah keluar. Pihak auditor telah memberi laporan bahawa setiap hutang Talam telah dijelaskan sepenuhnya kepada kerajaan Selangor.

"Yang lain tidak penting, apa yang penting hutang Talam yang lama dalam buku-buku syarikat negeri Selangor telah pun dijelaskan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Selangor," ujar beliau.

Semalam MCA mendesak kerajaan negeri Selangor mendedahkan sepenuhnya perjanjian rundingan penilaian tanah di Bukit Beruntung 2 yang mencecah hampir RM345 juta.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pihaknya mengesyaki berlaku penyelewengan setelah kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) mengutip semula hutang daripada Talam untuk tanah tersebut pada tahun 2010.

Katanya, penilaian dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun sama menunjukkan kadar sebenar adalah RM113 juta iaitu RM1.96 sekaki tanah.

"Kami hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang sanggup menerima menaikkan kadar harga tanah kepada 305 peratus lebih tinggi daripada JPPH itu.

"Perbezaan RM232 juta tidak munasabah. Mereka perlu membuat penjelasan agar rakyat tidak terkeliru dan tertipu sepenuhnya," katanya.

Ps: Apa nak heran. Dah memang menjadi norma bagi pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Diorang memang suka menipu. Kalau tak menipu, tak orang panggil Penipu Rakyat.

Agaknya, Si Tony Puaka ni dah terkenan dengan perangai Si Khalid Gagap tu kot. Lain yang orang tanya, lain pulak yang dijawabnya. Cuba tengok bawah meja. Mana la tau kot - kot ada pampers ye tak. Hehehe...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping