Khamis, September 06, 2012


Apa sahaja demi harta dunia. Inilah masalahnya dengan dunia hari ni. Apa sahaja sanggup digadaikan semata - mata untuk mendapat laba dunia.

Kalau sebelum ni, kita dengar cerita pasal seorang Naib Ketua Pemuda UMNO yang meroyan bila dia tak dapat projek dari Kerajaan Negeri.

Disebabkan permohonan dia tak lulus, siap panggil Si Nizar Lilin dan istihar diri masuk PAS kononnya. Selang dua tiga hari, dia patah balik. Mintak maaf bagai.

Rupanya dia sebelum tu dah pernah dapat projek tersebut. Bukan sekali, tapi dah banyak kali dah. Tu sebab la dia mintak maaf sebab Bodoh sangat.

Orang macam tu memang patut dibuang dari UMNO. Tak jadi ahli pun tak pe. Jenis tak reti bersyukur, nak buat apa disimpan. Buat semak je!!! 

Sekarang dengar pulak cerita pasal Ketua UMNO yang nak keluar parti sebab dapat tanah dari Kerajaan Negeri. Orang macam ni memang patut sangat dibuang. Kalau ada dalam UMNO pun bukannya nak membantu. Buat susah lagi ada la!!!
Seorang Ketua UMNO dari sebuah Dewan Undangan Negeri yang diramalkan akan dimenangi oleh Barisan Nasional dalam PRU ke 13 akan tinggalkan UMNO pada minggu hadapan.

Tindakan itu dibuat oleh pemimpin tersebut setelah beliau ditawarkan ‘ratusan ekar tanah’ di sempadan Gua Musang – Kuala Krai oleh seorang pemimpin PAS dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang juga tokoh Ulama PAS Pusat. Tawaran itu diputuskan dua minggu lepas di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebagai syarat yang dikenakan untuk mendapat habuan ‘ratusan ekar’ tanah itu, Ketua UMNO tersebut hendaklah mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS serta hadir memberi ceramah di pentas PAS di Parlimen Tumpat pada pertengahan minggu hadapan.

Ketua UMNO itu hadir ke Kota Darulnaim dua minggu lepas bersama seorang bekas Pegawai Daerah yang turut pernah memegang jawatan di sebuah anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. 

Tujuan beliau ke sana ialah untuk mengadu berhubung permohonan tanah oleh beliau yang sudah beberapa tahun tidak dilayan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. 

Di dalam pertemuan tersebut Ketua UMNO itu dimaklumkan permohonannya hanya akan diluluskan sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai Parti PAS dan membuat ceramah di perkarangan rumah pemimpin PAS yang ditemuinya di Kota Darulnaim itu.

Pemimpin PAS Kelantan yang membuat tawaran rasuah itu juga adalah salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan.

Sebelum ini Ketua UMNO tersebut mengaku pernah memberikan wang sejumlah RM30,000 kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan dari PAS. - sumber
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping