Jumaat, Oktober 19, 2012

Hai... Tengah Buat Apa Tu Pak Sheikh???
Hakikatnya, semua lelaki memang lemah dalam mengawal nafsunya. Tapi hanya lelaki ini sahaja yang agak keterlaluan dalam kehendak untuk memenuhi nafsu dia.

Orang lain pun ada jugak nafsu macam dia ni. Tapi tak de la sampai nak ditunjukkan kepada semua orang. Lepas tu, dah buat, tak nak mengaku pulak.

Banyak pulak alasan yang dia bagi semata - mata untuk mengelakkan diri dari tuduhan GAGAL memangawal nafsunya itu. 

Soalnya, kenapa dia tak nak ambik tindakan terhadap pendedahan yang dibuat demi menjaga maruah diri dan keluarga? Oh ye. Lupa pulak. Nafsu dia terlalu besar untuk ambik peduli dengan semua tu. Jadi, tak heran la kalau dia bangga tayang nafsu dia pada orang!!!
PETALING JAYA: Parti-parti dalam Pakatan Rakyat saling memperkudakan satu sama lain, kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra Muzaffar.

Malah, matlmat parti-parti berkenaan hanya untuk berkuasa dan menuju ke Putrajaya, justeru untuk mencapainya, PAS, PKR dan DAP sanggup menghalalkan segala-galanya, menurut Dr Chandra.

"Mereka (PAS dan DAP) memperkudakan beliau (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Anwar pula, bagi beliau, beliau memperkudakan dua-dua parti (itu). Memang ini permainan kudalah, dia kudakan pihak ini, pihak lain pula kudakan dia. Inilah mereka punya hubungan," katanya ketika diwawancara secara eksklusif olehAntarapos di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurut Dr Chandra yang juga Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), pemimpin-pemimpin Pakatan tidak mempedulikan kelemahan peribadi Anwar demi cita-cita menawan Putrajaya.

"PAS, DAP tidak ada matlamat lain bagi mereka, mereka nak berkuasa. Dan mereka dah tahu selepas pilhan raya (umum) 2008, Anwar adalah pemimpin yang boleh membantu mereka dalam proses ini," kata beliau lagi.

Bagi Dr Chandra yang berjuang bersama-sama Anwar, khususnya dalam isu-isu hak manusia ketika beliau menerajui ALIRAN, manakala Anwar pula mengetuai ABIM berkata, kelemahan utama Ketua Umum PKR itu adalah nafsu kuasanya.

"Anwar merupakan manusia yang banyak kelemahan. Bagi saya kelemahan Anwar... saya menganggap sebagai kelemahan utama yang meruntuhkan beliau adalah nafsu kuasa.

"Memang ini kelemahan utama beliau, beliau mahu mencapai kuasa ini. Itu impian beliau untuk menjadi perdana menteri," katanya. - SUMBER
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping