Jumaat, Oktober 19, 2012



Pelakon Rozita Che Wan mengakui kebanyakan drama juga filem lakonannya, dia sering tampil berlipstik merah menyala. 

Kata wanita berusia 40 tahun yang mesra disapa dengan panggilan Che Tah ni, solekan itu bukanlah kehendaknya sebaliknya itu kemahuan pihak penerbit produksi.

Bagaimapun pernah satu ketika dek kerana bosan asyik memakai lipstik merah menyala, keengganannya mengenakan pemerah bibir itu telah mengakibatkan seorang jurumekap disingkir dari sebuah produksi.

"A'ah betul kami (saya) selalu pakai lipstik merah. Sebab kebanyakan produksi depa mesti nak kami pakai lipstik merah. 

Pernah satu masa tu, kami bosan, tak nak dah pakai lipstik merah. Tapi tau-tau produksi tu dah tak mau ambik dah jurumekap yang solek kami tu. 

Pada hal bukan salah jurumekap tu pun. Sebab itu lah, nak buat macam mana, terpaksa la pakai lipstik merah. Tapi ada satu telemovie untuk RTM, kami bawa karakter budak bodoh. 

Hah, yang tu kami tak payah make-up langsung", kata anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah ni ketika ditemui baru-baru-baru ini.

Che Tah mengulas mengenai kekerapannya muncul dengan bibir merah menyala dalam kebanyakan drama mahupun filem lakonannya. Bintang Kiah Pekasam ni juga berkata dia semakin selesa dan suka membawakan watak komedi. 

'Kami suka bawa watak komedi. Senang. Tak payah fikir banyak-banyak. Lagi enjoy bawa watak komedi. Macam dalam Kiah Pekasam, kami bawa watak komedi dan bercakap loghat Kedah, tak payah pening-pening nak hafal dialog. 

Kalau dialog yang kena cakap KL, kami kena hafal", ujarnya yang akan berangkat ke Jepun pada 31 Oktober ini bagi menjalani penggambaran Kiah Spy Jepun.

Alang-alang bertemu, tidak sah kalau tidak ditanyakan mengenai kisah cinta kepada pelakon yang sering saja ada gosip berkaitan hubungan cinta ini. Dihatinya memang mahu  berkahwin lagi, namun hakikatnya kata Che Tah, jodohnya memang liat. 

"Jodoh kami ni liat! Tak tau pasai apa lelaki suma takut nak mai. Tak dak sorang pun yang datang mengorat. Bukan kata nak rejek, hak yang nak mai pun tak dak. 

Tapi tak apalah, I duduk sorang pun okay! Takde masalah. I selesa dengan kehidupan I la ni. Tapi mak I la yang dok suruh I kahwin. Anak-anak, depa okay. 

Depa tak kisah. Kadang-kadang tu bila keluar gosip kata I bercinta dengan yang itu lah yang ini lah, depa (anak-anak) ada juga tanya, betui ka mami nak kahwin dengan orang tu?

I kata pada depa, memang tak lah", kata ibu anak tiga ini lagi yang meletakkan syarat, seandai ada lelaki yang ingin menjadikan dia suri dihati, jejaka itu mestilah menerima dia dan juga anak-anaknya. Bak kata Che Tah sendiri, pakej, beli satu percuma dua!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping