Jika dibaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Din Pudu ni, jelas memperlihatkan keinginan dia untuk bertanding lebih dari satu kerusi dalam PRU akan datang.
Ianya juga menunjukkan bahawa Si Din Pudu ni memang ada hati nak jadi MB Johor dan jugak Ahli Parlimen dalam masa yang sama.
Jika tidak, kenapa pulak dia nak keluarkan kenyataan sedemikian rupa? Kenapa dia nak kata yang cadangan Karpal ni bukan dasar bersama yang dipersetujui oleh Pakatan?
Kalau cadangan tersebut tidak ada dalam dasar bersama Pakatan, kenapa pulak DAPigs boleh buat sedangkan Hudud PAS ditolak sama sekali?
Jelas, dikalangan puak - puak Pakatan ni memang wujud 'Dwi Standard' yang ketara. Hakikatnya, memang diantara mereka tak wujud pun persefahaman. Setakat cakap je boleh la. Nak buat, jangan harap!!!
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa dasar 'satu calon satu kerusi' yang dicadangkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang.Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP."Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.Pakatan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Salahuddin berkata, PAS tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untukbertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika mereka diminta berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti."Kenyataan (pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak bertanding lebih daripada satu kerusi ialahkerana DAP kini telah pun mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya akan datang... lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP," katanya.Pada Jumaat lepas, Karpal Singh dipetik sebagai berkata bahawa wakil rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP.Cadangan 'satu calon satu kerusi" ini juga bukanlah perkara baru kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata calon DAP akan hanya bertanding satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.