Wah!!! Insiden ni kalau dilihat oleh Si Biawak tu, tentu dia suka. Maklum la, kan Si Biawak tu ada kecenderungan terhadap 'Payu Dara' ni.
Jadi, kalau dia dapat tengok aksi ni depan mata dia, dah tentu terbuntang mata dia menengoknya. Nak pulak kalau dari kalangan artis. Lagi la dia suka!!!
J.Lo yang kini dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah 'Dance Again', secara tidak sengaja telah menayangkan payudaranya kepada ribuan peminat, hanya selepas beberapa hari insiden seumpama itu terjadi, sewaktu diva Pop Amerika ini membuat persembahan di Itali.
Menurut Radar Online, momen itu berlaku ketika Jennifer yang mengenakan jumpsuit labucinya sedang ligat mempamerkan salah satu rutin tarian penuh energetik. Malang, dia tiba-tiba hampir tergelincir lantas baju bahagian kanannya terlondeh dan... Namun dia cepat-cepat membetulkan bajunya itu dan meneruskan persembahan.Sebelum ini gara-gara baju yang sama, dia pernah mengalami insiden memalukan seperti itu ketika membuat persembahan di Bologna, Itali.
Bagaimanapun konsert bintang Pop berusia 43 tahun ini tetap meriah dan mendapat sorakan gemuruh peminat.
J.LO juga sempat menulis di laman Twitter-nya: ‘LONDON! WOW! Thank you for an amazing night! #untilnexttime. Lots of love always! #DanceAgainWorldTour2012''.
Namun dia tidak menyebut langsung tentang insiden baju terlondehnya itu.
Dan, harap-harap J.Lo boleh minta perekanya buat sesuatu pada baju itu. Kalau tidak, bila datang ke Malaysia pada Disember nanti, tolong jangan pakai baju tu sewaktu persembahan. Bahaya. - Sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.