Segmen sketsa "parody" dalam program hiburan terbaru, MeleTOP yang mana menampilkan babak daripada filem pilihan bukan bertujuan mahu mempersendakan mana-mana pihak.
Jauh sekali memperbodohkan sesebuah filem yang dipilih itu. Sebaliknya ia sekadar hiburan dan secara tidak langsung ia juga dapat mempromosikan filem terbabit.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad, sebelum satu-satu parody menerusi segmen Filem MeleTOP dibuat, pihak produksi akan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak yang bertanggungjawab ke atas filem yang dipilih.
"Tujuan diwujudkan sketsa "parody" ni bukanlah nak persendakan artis atau sesiapa. Tapi ia sekadar hiburan semata-mata.
Kita akan dapatkan dulu kebenaran daripada pihak berkenaan. Kita juga akan pastikan ia tidak menyentuh sebarang sensitiviti mana-mana pihak", katanya ketika di sidang media program tersebut, bertempat di Hotel Dual Sentral KL, semalam.
MeleTOP merupakan program berita hiburan tempatan dan antarabangsa terbaru yang padat dengan elemen komedi. Selain, pada setiap minggu turut di undang seorang artis sebagai tetamu jemputan.
Berbeza dengan program hiburan sedia ada, berita hangat ini akan juga disampaikan menerusi lakonan semula, sekadar untuk menjentik selebriti tentang isu hangat yang sedang diperkatakan
Antara segmen lain Gosip MeleTOP, Carta MeleTOP, Birthday MeleTOP, Arena Meletop yang mana memaparkan berita sensasi bintang sukan terkenal. Manakala lokasi MeleTOP akan membawa para selebriti ke lokasi tumpuan orang ramai seperti gerai makan, pusat rekreasi atau aktiviti lasak.
MeleTOP tidak terhad kepada kisah dunia hiburan semata, MeleTOP turut memaparkan apa saja yang rancak diperkatakan di laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube, blog dan banyak lagi.
Program ini juga buat pertama kalinya bakal menyaksikan pelawak terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil serta pelakon dan pengacara sensasi Neelofa digandingkan bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara.
Bercakap pada sidang media, Neelofa berkata diberi kepercayaan mengacarakan MeleTOP memberi peluang dia mengembangkan lagi karier pengacaraannya serta tampil dengan sisi lain.
"Ini adalah program live pertama saya. Kalau sebelum ni saya mengacarakan program yang serius dan ke arah kewanitaan. Tapi program MeleTOP akan menampakkan sisi lain saya. Kegilaan saya, kesasauan saya terutamanya bila dapat berganding dengan Nabil.
"Tapi kalau Nabil dengan giler-giler dan merapunya, saya pula lebih kepada memberikan fakta lah. Menariknya kita juga akan jemputa artis yang terpilih pada minggu itu dan artis tu boleh jelaskan apa saja gosip atau kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya secara live", kata Neelofa.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.