Kenapa pulak orang UMNO nak sibuk - sibuk bila dengar cerita Si Aziz Bari ni nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Kalau dia nak bertanding, biar je la. Dia nak bertanding pun atas tiket Parti Kecoh Ramai. Tambahan pulak, itu je yang dia tau buat pun. Bikin kecoh tak tentu arah.
Bagus jugak la kalau dia nak bertanding di Sabak Bernam tu. Sepatutnya, orang UMNO di Sabak Bernam alu - alukan dia ke kawasan mereka.
Kalau boleh, buat kenduri kesyukuran dan doa selamat khusus untuk dia. Sebab dah tentu - tentu dia akan 'Selamat' dikawasan Sabak bernam tu.
Mana tidaknya. Dia sendiri yang umum kata nak bertanding dikawasan tersebut atas tiket PKR sedangkan orang PKR sendiri pun tak nak dia jadi calon mereka.
Jadi, memang 'Selamat' la dia nanti. Orang UMNO pun tak payah susah - susah nak buat kerja. Yang penting, jaga pengundi masing - masing.
Tapi, inilah sikap PKR sebenarnya. Diorang memang suka letak calon yang memang tak disukai oleh ahli dikawasan tersebut. Bila ahli bersuara, diorang buat - buat pekak je.
Dan perkara ini bukan pertama kali berlaku. Dah banyak kali dah sebenarnya isu ini dibangkitkan. Namun, pimpinan pusat sikit pun tak ambik peduli.
Bayangkan. Yang komplen tu ahli - ahli parti diorang sendiri. Pun diorang buat pekak badak je. Macam mana pulak dengan kita yang tak de kena mengena lansung dengan parti tu? Lagi la di buat - buat tak tau!!!
SHAH ALAM: Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam, Datuk Warno Dogol mendakwa terdapat perwakilan Mesyuarat Agung PKR Bahagian Sabak Bernam tidak bersetuju dengan keputusan parti meletakkan Profesor Dr Abdul Aziz Bari bertanding atas tiket PKR di kawasan parlimen itu.Menurut beliau, maklumat bantahan terhadap bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu disampaikan kepadanya oleh ahli perwakilan PKR sendiri baru-baru ini."Kita lihat sendiri dalam Mesyuarat Agung PKR di bahagian Sabak Bernam baru-baru ini ada perwakilan yang tidak bersetuju apabila Aziz Bari akan bertanding di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.