Hah!!! Isteri sapa pulak yang berani derhaka pada suami sehingga mampu membuatkan pencacai Pakatan 'ghairah' sangat buat cerita yang bukan - bukan?
Sejak bila pulak pencacai Pakatan Pembangkang ni suka masuk campur dalam urusan rumah tangga orang lain? Setakat bergaduh suami isteri, apa yang nak pelik?
Kalau cerita pasal Ketua Menteri Sarawak ni, sibuk sangat diorang pertikai ye. Kalau dengan Si Ketua Penipu tu, kenapa pulak diorang tak nak jadikan persoalan?
Kenapa diorang tak desak Si Ketua Penipu tu agar memohon maaf kepada isteri dan keluarga dia kerana telah mengaibkan mereka?
Kenapa diorang tak desak Si Ketua Penipu tu supaya membuat pengakuan bahawa dia bukan sahaja telah menipu rakyat tetapi kaum keluarganya sendiri. Termasuk la isteri dia.
Sepatutnya, Si Ketua Penipu tu berlutut dan memohon maaf kepada Kak Wan Azizah yang sanggup memalukan diri sendiri untuk menutup kemaluan suami dia selama ini.
Ini tidak. Si Ketua Penipu tu tak nampak lansung menyesal dengan perbuatan yang dia pernah buat dulu. Malah sanggup pulak menggadaikan maruah isteri dia depan orang ramai.
Si Ketua Penipu tu sanggup menjadikan isteri dia sebagai alasan untuk melarikan diri dengan mengatakan jam Omega dia ada dalam simpanan isteri dirumah.
Bila pihak media serbu rumah Kak Wan dan desak agar ditunjukkan jam tersebut, Kak Wan sendiri terdiam dan tergagap - gagap nak jawab. Buat muka 'toya' je la.
Pun pencacai - pencacai Pakatan Pembangkang tu tak nak jadikan ianya sebagai satu persoalan sedangkan tindakan tersebut jelas memalukan kaum wanita dan menjatuhkan martabat seorang isteri? Tolong la. Jangan la sibuk jaga tepi kain orang je kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.