Ahad, Oktober 21, 2012



Minggu lalu, nama Nabila Huda menjadi tarikan kerana kontroversinya berpakaian seksi semasa Anugerah Blockbuster. 

Tidak lari dari kesilapan, Nabila atau mesra di sapa Abil tampil dengan kenyataan demi kenyataan di dada akhbar.

Kemudian, Nabila mengambil pendekatan mendiamkan diri bagi mengelakkan kontroversi itu terus berlanjutan.

Bagaimanapun, kehadiran Nabila pada sidang media Anugerah Skrin 2012, Rabu lalu, ibu kepada Keisha Laila ini sekali lagi menjadi perhatian umum. 

Malah, tidak kurang juga ada secara sinis bertanya, adakah Nabila bakal berpakaian seksi pada majlis anugerah berkenaan yang berlangsung pada 9 November ini.

“Saya bukannya bodoh untuk mengulang kesilapan yang sama berkali-kali. Selepas ditegur oleh ramai pihak dan papa sendiri, tentulah saya akan memastikan pakaian saya lebih sesuai pada majlis berkenaan.

“Bagaimanapun, saya belum tahu lagi fesyen apa yang akan saya gayakan kelak. Bagi mengetahui hasilnya, sama-samalah kita tunggu majlis tersebut nanti,” jelasnya.

Nabila berkata, perkara tersebut sepatutnya tidak seharusnya digembar-gemburkan kerana apa yang berlaku pada malam berkenaan (Anugerah Blockbuster) hanyalah perkara kecil.

“Bila sesuatu perkara kecil digembar-gemburkan, maka ia akan jadi isu yang besar. Seterusnya bila ia dikontroversikan, maka kontroversilah perkara itu jadinya. Tapi saya okay sahaja dan saya akan pastikan perkara seumpama itu (berpakaian seksi) tidak akan berulang lagi.

“Saya tak tertekan langsung dengan apa yang berlaku sebab saya faham itu kerja masing-masing. Pada saya, asalkan orang tak kacau periuk nasi saya, cukup. Kalau ganggu periuk nasi saya, saya akan ambil serius tentang perkara itu,” katanya.

Ps: Bagus la kalau dia dah sedar. Lain kali, kalau nak buat satu bena tu, pikir dulu. Jangan main ikut sedap hati je.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping