Sabtu, Oktober 27, 2012



“Sepatutnya, anak lelaki juga perlu dididik supaya melindungi, menyayangi dan menjaga maruah wanita, bukan menghancurkan kehidupan mereka,” ujarnya.

Kadangkala, dapat dilihat nasihat daripada orang lebih tua kepada kanak-kanak juga tidak bijaksana menyebabkan remaja berfikir mereka boleh melakukan apa saja apabila dewasa. 


“Namun, bukan sekarang masa untuk menuding jari tetapi kita seharusnya melihat kembali sumbangan diri sendiri dalam membantu mengatasi masalah yang berlaku. 

“Inilah masa untuk buka minda dan bukan menyalahkan serta memberi tugas kepada orang lain kerana masing-masing perlu menjalankan peranan serta tanggung jawab bersama.




“Budaya tegur menegur perlu dilaksanakan dan ia bukan dilihat sebagai menjaga tepi kain orang lagi tetapi penting bagi mengelakkan remaja terus melakukan aksi keterlaluan mereka dengan lebih berani di depan orang ramai,” katanya.



Ini kerana apabila lelaki dan perempuan berdekatan, akan terbit perasaan seronok yang tidak dapat dikawal yang boleh menyebabkan perbuatan tidak bermoral. 

Kesimpulannya, jika tiada maksiat, zina dan hamil anak luar nikah, maka tiada juga masalah pembuangan bayi di kalangan masyarakat hari ini. 

Baginya, ada dua situasi berbeza dalam isu pembuangan bayi. Pertama, pembuangan bayi yang dilakukan secara seorang diri. 

“Apabila timbul perasaan malu, panik dan buntu, perempuan yang ingin melahirkan anak tidak diingini akan melakukan tindakan membuang bayi kerana terdesak. 

“Bayi yang dibuang di tempat pembuangan sampah, tandas dan dicampak dari tempat tinggi menunjukkan si ibu berasa tertekan. 

“Berbanding bayi yang dibuang di tempat selamat seperti masjid dan depan rumah manakala bayi dalam keadaan bersih bersama bungkusan kain rapi biasanya dilakukan lebih daripada seorang,” katanya. 

Ini kerana apabila berdua tidak kira ditemani rakan atau kekasih, salah seorang pasti akan memberikan pandangan lebih baik untuk memastikan bayi dibuang akan dijumpai atau selamat.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping