Bila gelora nafsu menguasai jiwa, apa saja pun sanggup dilakukan untuk memenuhi kehendak yang semakin kian terdesak tu. Perkara macam tu memang biasa berlaku.
Dek kerana nak sangat cari pasangan melalui internet, akhirnya kena kencing hidup - hidup oleh lelaki yang hanya nak kaut keuntungan bagi diri dia sendiri.
SEGAMAT – Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.Dengan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu, lelaki berkulit sawo matang dan berusia 37 tahun itu menabur janji akan berkahwin dengan mangsanya sebelum mengebas wang mangsanya.Bagaimanapun, tidak semua kaum hawa yang mendaftar di laman web berkenaan menjadi pilihannya kerana hanya wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an menjadi sasarannya.Ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya ialah mereka yang berbadan besar, montok dan gebu.Salah seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatin Amira, 20-an mendedahkan, dia terjerat dengan permainan kotor lelaki yang dikenalinya dengan nama Marzuki pada awal tahun 2011.“Myjodoh.net yang ‘menyatukan’ kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Kejadian ni sama la dengan sifat Si Ketua Penipu tu. Dia pun memang mempunyai gelora nafsu yang cukup besar dan sanggup buat apa saja untuk memenuhinya.
Termasuk la menipu rakyat secara terang - terangan. Dia jugak memang pakar memainkan ayat yang manis - manis untuk didengar. Bab tu dia memang hebat.
Malangnya, kata - kata manis tu hanya tinggal kata - kata kosong tanpa sebarang perlaksanaan yang benar - benar memenuhi kehendak rakyat.
Si Ketua Penipu tu bercakap pun hanya untuk mengaut keuntungan bagi diri dia sendiri. Sebab itu la dia suka tabur janji yang bukan - bukan. Bila tiba waktunya, satu hapah pun dia tak buat. Setakat bercakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.