Akibat kurang ajar dan tak reti nak menghormati hak orang lain, dengar kata Si Raja Rumah Urut Selangor tu bakal dikenakan tindakan saman.
Semuanya gara - gara tindakan kurang ajar yang telah dilakukan sebelum ini dimana dia jelas tidak menghormati hak kaum India yang beragama Hindu.
Oleh kerana tidak dapat nak tutup kes mengenai pembinaan kondominium dekat Batu Caves, Si Ronnie Liu ni buat pulak fitnah terhadap Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Kononnya, Si Ronnie Liu ni kata projek pembinaan kondominium tersebut ada kaitan dengan YB P. Kamalanathan sewaktu beliau jadi ahli Majlis Perbandaran Selayang.
Kamalanathan menyifatkan dakwaan Liu bahawa beliau dan Pengerusi Gerakan Selangor Senator A.Kohilan Pillay adalah antara anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang meluluskan cadangan projek berhampiran kuil di Batu Caves itu sebagai satu pembohongan."Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.Kamalanathan mengulas kenyataan Liu baru-baru ini bahawa beliau dan Kohilan, yang juga Timbalan Menteri Luar, adalah antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek itu."Ronnie Liu membuat kenyataan itu semasa saya menghadiri persidangan Parlimen Asean di Bangkok, Thailand. Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis mengenai kenyataan berunsur fitnah berkenaan pada 24 Okt lepas di Balai Polis Brickfields supaya polis melakukan siasatan," katanya.
Apa yang sedihnya, Si Ronnie Liu ni tak berani pulak nak buat dakwaan tu secara terang - terangan. Dia buat kenyataan tu semasa P. Kamalanathan berada diluar negara.
Sebenarnya, inilah masalah puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bila diorang tak dapat nak jelaskan satu - satu isu tu kepada rakyat, mula la diorang buat fitnah.
Disebabkan permainan Politik macam tu la yang membuatkan rakyat semakin hari semakin muak dengan sikap mereka. Asyik nak ber'Politiking' 24 jam. Kerja tak buat jugak.
Diorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat nak percaya apa yang diorang cakap gamaknya. Lagi pun, rakyat sendiri dah tau yang diorang ni memang Kaki Penipu!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!! Itu pasal la Si Ronnie Liu ni kena saman!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.