Fuh!!! Memang hebat la Si Ketua Penipu ni main Poo...singh dengan rakyat ye tak. Hebat sampai tak terkata. Tapi, bagus jugak kenyataan dia ni.
Dulu, dia kata orang yang bagi pinjam jet peribadi yang maha mewah tu atas sebab orang tu ikhlas. Kononnya orang tu tak harap apa - apa balasan.
Sekarang ni, kata dia, ada lima lagi syarikat peribadi yang nak bagi pinjam jet seumpama itu kepada dia. Tapi atas sebab syarikat tu yakin yang Pakatan Pembangkang ni nak menang.
Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu."Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik."Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam,” katanya.
Pulak dah. Habis, kalau Pakatan Pembangkang tu tak menang, diorang tak bagi la pinjam ye? Itu ikhlas menda kejadahnya!!!
Disebabkan diorang mengharapkan Pakatan Pembangkang berjaya merampas Putrajaya la diorang bagi pinjam. Kalau tidak, jangan harap la!!!
Nampak sangat la syarikat tu bagi pinjam pun tak ikhlas. Ada niat lain rupanya. Dah ada unsur - unsur rasuah kat situ. SPRM tunggu apa lagi. Siasat la lima syarikat tu!!! Takkan nak duduk goyang kaki aje kot!!!
Aku follow ko semut..nanti follow aku pulak yer
BalasPadamhttp://uwaisaminin.blogspot.com/