Hadus!!! Habis la Kerajaan Barisan Nasional kalau macam ni. Dalam dok orang bising - bising kata Si Ketua Penipu tu nak turun harga minyak, dah diorang buat hal pulak.
Lepas ni puak - puak Pakatan Pembangkang tu akan buat satu lagi demonstrasi jalanan menuntut agar Kerajaan turunkan harga rokok pulak.
Benda macam tu tak mustahil untuk dilakukan. Lagi pun, kita bukan tak kenal dengan sikap puak - puak Pakatan ni. Diorang bukannya ada kerja lain selain dari mengabihkan masa buat kerja - kerja yang tak berfaedah!!!
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu."Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-Rangkaian DUNHILL RM10.20Rangkaian KENT RM10.20Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70Rangkaian PALL MALL RM8.70PALL MALL Biasa RM10.60BENSON & HEDGES RM10.20LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.