Selasa, Oktober 16, 2012


PETALING JAYA:
 Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin.
"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya ringkas.
Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada1 September lalu.
Majlis yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pada majlis berkenaan kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang.
Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.
Farid sebelum ini pernah bercinta dengan Irma Hasmie tetapi hubungan itu tidak kekal sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul Yusof.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ni. Didoakan semoga diorang beroleh keberkatan selepas diijab kabul nanti. Jaga amanah dan tanggungjawab masing - masing.

Ingat pesan Semut. Jangan jadi macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu sudah la. Orang dah bagi amanah, diorang tak reti nak jaga. Asyik menipu je kerjanya!!! Lepas tu mengabihkan masa. Itu je la kerja diorang pun!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping