Kenapa orang nak buat cerita yang bukan - bukan pasal Si Mahfuz Bean ni? Tak kesian ke diorang dengan Ahli Parlimen Pokok Sena tu?
Kesian la kat dia. Jangan la perlekehkan dia sangat. Apa yang dikatakan itu sememangnya tak benar sama sekali. Si Mahfuz Bean ni bukannya ada hajat nak berebut jadi MB. Tapi dia nak jadi Perdana Menteri!!!
Masalah kemaruk ingin jadi Menteri Besar Kedah menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak di kalangan pemimpin PAS Kedah bukanlah rahsia lagi. Malah, cita-cita yang tidak tertahan-tahan membuatkan mereka tidak segan silu lagi bercakaran secara terbuka.Pendek kata tidak perlulah menggunakan khidmat risikan untuk mengenalpasti siapa musuh siapa, siapa kawan siapa dan siapa alat siapa. Semuanya boleh dilihat dengan terang lagi bersuluh dari kedai kopi sehingga ke dalam media massa.
Seperti yang kita semua sedia maklum, antara yang paling kemaruk ingin menjadi Menteri Besar ialah Phahrolrazi. Macam-macam cara telah dilakukan beliau untuk menjatuhkan Ustaz Azizan sehingga menjadi perbualan biasa di kalangan rakyat Kedah.
Namun, sehingga kini segala usaha Phahrolrazi masih tidak membawa beliau ke mana. Lebih malang bagi beliau ialah apabila beliau bukan sahaja masih belum dapat menjatuhkan Azizan tetapi terpaksa pula berhadapan dengan persaingan dari beberapa ‘tokoh’ PAS lain yang turut mengidam jawatan Menteri Besar menjelang PRU ke-13.
Antaranya, ialah Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Mahfudz nampaknya tidak berminat untuk berselindung dalam hal ini dan strategi beliau dalam mengatur langkah awal untuk memastikan impiannya tercapai sudah pun dapat dihidu.
Mengambil kira desas-desus mengenai pencalonan Dato’ Sahlan Ismail Nasution, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, bagi kerusi BN di kawasannya, maka Mahfudz dikhabarkan telah beberapa kali pergi berjumpa dengan Dato’ Sahlan untuk memastikan mereka tidak bertemu di gelanggang yang sama. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.