Selasa, Oktober 16, 2012


FILEM Aku Terima Nikahnya lakonan Adi Putra dan Nora Danish kini sedang hangat ditayangkan di pawagam. Sebaik ia ditayangkan, ada beberapa perkara yang dibangkitkan pihak media serta audiens.

Ia adalah tentang persamaan filem tersebut dengan sebuah filem Hollywood berjudul, The Vow serta adegan yang agak intim antara Adi dan Nora.

Aku Terima Nikahnya mengisahkan Johan (lakonan Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga telah berhadapan dugaan terbesar apabila Johan mengalami kemalangan.

Akibat kemalangan tersebut, Johan telah hilang ingatan dan disahkan mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Selective Amnesia. 

Ia menyebabkan Johan sekadar mengingati perkara yang berlaku sehingga usianya 31 tahun, iaitu dua tahun sebelum dia mengenali isterinya itu.

Jalan cerita tersebut didakwa mempunyai persamaan yang begitu ketara dengan filem The Vow lakonan Rachel McAdams dan Channing Tatum.

Perbezaannya, dalam The Vow yang ditayangkan pada Februari tahun ini, bukan watak suami (lakonan Tatum) tetapi sebaliknya karakter si isteri (McAdams) yang hilang ingatan.

Menjawab persoalan tersebut, pengarah Aku Terima Nikahnya, Eyra Rahman dengan tegas berkata, jalan cerita kedua-dua filem berkenaan jauh berbeza. Bagaimanapun, dia mengakui persamaan yang wujud adalah dari segi konsep cerita.

"Saya tahu mereka yang menonton filem ini pastinya akan membandingkan dengan filem The Vow. Saya akui konsep cerita memang sama, tetapi bukanlah meniru keseluruhan jalan ceritanya.

"Menerusi The Vow, yang hilang ingatan ialah watak isteri. Dalam Aku Terima Nikahnya pula, si suami yang mengalami hilang ingatan. 

Namun, jalan cerita yang dipaparkan memang jauh berbeza," jelasnya tentang filem yang menjalani penggambaran selama 18 hari dengan kos sekitar RM1.8 juta di beberapa buah lokasi seperti Kuala Lumpur, Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan itu.

Menurut Eyra lagi, biar apa sahaja pandangan khalayak, dia menerima dengan hati terbuka kerana ia merupakan buah tangan sulungnya di layar perak.

Malah, dia sangat berpuas hati dengan hasil cerita tersebut selain yakin mampu menambat hati penonton dengan lakonan para pelakon yang memberangsangkan.

Ps: Ala, setakat tukar watak dari perempuan jadi lelaki, apa pulak jauh berbezanya? Cakap je la memang dia tiru cuma dia oleh sikit - sikit. Kan senang. Tak payah nak susah - susah putar belitkan cerita!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping