Korang pernah dengar tak pepatah Inggeris yang sebut; '1 is a secret, 2 is still a secret but 3 is not a secret at all' sebelum ini????
Kalau nak tau, pepatah ini jugak turut diguna pakai didalam menentukan strategi militer sewaktu perang dunia kedua oleh kedua - dua belah pihak yang berperang.
Tapi, malangnya puak - puak Pakatan Pembangkang ni bukan jenis manusia yang tau nak simpan rahsia. Kalau tidak, takkan isu 'Cocky, Arrogant dan Tokong' boleh timbul.
Itu semua akibat diorang tak reti simpan rahsia punya pasal la. Jadi, apa yang tertulis dibawah ni jugak bukan la satu rahsia jugak.
Tinggal lagi, puak - puak Pakatan tu saja yang tak nak mengaku. Diorang kan tak boleh terima Kebenaran. Maka terdedah la rahsia diorang yang paling bodoh sekali dalam dunia ni!!! Itu pun diorang masih tak sedar diri lagi!!!
Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka. Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih.Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP. Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah. Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.