Dalam erti kata mudahnya, memang itulah ayat yang nak diluahkan oleh Si Jayakumar ni sebenarnya. Tapi, dia tak sampai hati. Takut dia dianggap rasis pulak.
Tapi heran jugak. Kenapa dia nak salahkan Persatuan Hindu tu diatas keGAGALan Rejim Pakatan Selangor untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan ni memang tak mampu nak terima Kebenaran. Maka sebab itulah mereka suka menyalahkan orang lain bila mereka buntu.
Yang lebih menghairankan ialah kenapa diorang nak tangguhkan projek tu sahaja? Bukan ke sebelum ni diorang kata yang diorang nak jaga Kebajikan Rakyat?
Kalau diorang ikhlas nak jaga Kebajikan dan tidak memikirkan keuntungan dari projek tersebut, bubarkan aje la projek tu. Batalkan terus. Kan senang? Kuasa ada atas tangan diorang. Jadi, tak payah la nak bagi alasan yang bukan - bukan!!!
SHAH ALAM: Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menuding jari kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Kuil Sri Subramaniam Swamy kerana tidak membantah lebih awal projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran Batu Caves.
Beliau turut mempersoalkan mengapa bantahan dikemukakan selepas pembinaan projek itu diluluskan sejak empat tahun lalu."Sebab-sebab projek tu dipertikaikan oleh persatuan Kuil Sri Subramaniar Swamy sahaja, empat tahun dahulu (persatuan) kuil tak ambil soal untuk mempertikaikan projek ini, kalau kita ada bantahan sahaja majlis tempatan boleh ambil tindakan-tindakan sewajarnya."Tetapi tidak ada bantahan macam mana kita nak buat sesuatu, pihak kuil tak boleh lepas tangan sebab empat tahun mereka diam dan sebelah kuil ada bangunan yang pamerkan ini semua. Ada beberapa orang jawatankuasa kuil juga (sudah beli) kondominum itu...sudah tempah," katanya dihubungi Antarapos.Ditanya dakwaan sesetengah pihak menyalahkan kerajaan negeri Selangor menjadi punca meluluskan pembinaan kondominum tersebut, Xavier menyangkal sekeras-kerasnya."Bukan lah...mana ada kita (kerajaan negeri) salah, dia kata KM (kondo) itu diluluskan pada 2007, jadi KM (kondo) sudah luluskan dia boleh mula kerja pada bila-bila masa, lepas itu ada 'renewal' (memperbaharui lesen) sahaja. Kalau lesen hendak diperbaharui, kita (kerajaan negeri) luluskan (lesen) sahaja sebab tiada bantahan."Kalau ada bantahan tiap-tiap tahun (dan) kalau persatuan kuil itu tulis surat tiap-tiap tahun, saya bantah...saya bantah...saya bantah. Kita di MPS ada surat yang diterima dari kuil tapi sekarang tidak ada satu keping surat pun yang kita terima dari kuil. Oleh sebab itu memang mereka luluskan. Tetapi kalau ada bantahan memang mereka tak akan lulus dan memberhentikan kerja dan siasatan," ujarnya.
Kuasa ada atas tangan diorang. Jadi, tak payah la nak bagi alasan yang bukan - bukan!!!
BalasPadamayat tu mmg sesuai dgn mami ijat tokey lembu yg nk kutip derma utk adik firdaus oku