Usaha Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim dalam menangani isu masalah air di negeri tersebut nampak gayanya masih belum menemui jalan keluar apabila mereka masih lagi berkeras untuk menjadikan ianya sebagai isu Politik.
Malah ianya turut dijadikan bahan utama didalam akhbar terbitan Rejim Negeri untuk terus berdolak dalih bagi mengatasi isu tersebut dan mengambil langkah yang lebih efektif untuk menyelesaikannya demi kepentingan rakyat.
Dalam naskah Selangorkini yang diberikan secara percuma bulan ini, jelas menunjukkan usaha Rejim Pakatan Selangor untuk terus melengah – lengahkan isu tersebut untuk diselesaikan secepat yang mungkin.
Rejim Selangor dilihat membuat beberapa perbandingan yang jelas tidak masuk akal demi untuk meraih sokongan dan simpati rakyat serta menutup kelemahan dalam pentadbiran mereka sendiri dari terus diketahui oleh rakyat.
Sebagai contoh, mereka mengambil isu air di Kelantan yang kononnya diambil alih oleh GLC milik kerajaan Negeri pada tahun 1999 dan mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat sebanyak RM 600juta.
Namun, implikasinya terhadap rakyat masih tidak memuaskan kerana pengambil-alihan itu tidak menguntungkan rakyat dari segi peningkatan kualitinya. Air di Kelantan masih lagi kotor biarpun mereka dapat peruntukan bagi meningkatkan kapasiti di loji rawatan.
Seterusnya, Rejim Pakatan Selangor juga turut menjadikan Rejim DAPigs di Pulau Pinang sebagai rujukan sedangkan Rejim DAPigs ni awal – awal lagi dah migrate program airnya mengikut perancangan Kerajaan Pusat dan kini jumlah hutang mereka turun mendadak apabila hutang program penambahkbaikan rangkaian air mereka diambil alih oleh Kerajaan Pusat.
Selain itu, tindakan Rejim Pakatan Selangor yang membandingkan Selangor dengan Pulau Pinang lansung dilihat tidak munasabah sama sekali. Bagaimana mungkin perkara tersebut boleh berlaku sedangkan Pulau Pinang merupakan Negeri ketiga terkecil di Malaysia?
Jelas, tindakan Rejim pimpinan Khalid Ibrahim ini cuba untuk memperbodohkan rakyat Selangor sendiri melalui perbanding seumpama itu. Adakah mereka nak bandingkan Gajah dengan Tikus? Tak logik lansung.
Usaha mereka mempertikaikan Projek Langat 2 juga jauh tersasar dari reality yang berlaku. Kos pembinaan terowong dan juga loji rawatan Langat 2 sedang dan bakal ditanggung oleh Kerajaan Pusat.
Sama seperti Loji Rawatan Sg Labu di mana kos pembinaannya ditanggung oleh Kerajaan Pusat tapi hak untuk operasi dan pengendalian diberikan kepada anak syarikat kerajaan negeri selepas kerajaan negeri enggan membenarkan air diambil daripada sungai untuk diproses. Cuba tanya orang kat Selangor ataupun kawasan Sepang ada tariff air naik tak?
Mengaitkan janji air percuma dalam isu ini juga dianggap sebagai satu tindakan yang tidak ikhlas yang dilaksanakan oleh Rejim Pakatan Selangor. Ianya merupakan Janji yang terkandung dalam Manifesto PRU12 bagi tujuan untuk memancing undi.
Walaubagaimana pun, mereka kini berhadapan dengan tindakan saman lebih puluhan ribu rakyatnya kerana GAGAL menunaikan janji – janji yang telah dibuat sebelum ini. Bukankah itu satu bentuk pengkhianatan?
Mungkin Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid ni perlu diingatkan sekali lagi. Isunya sekarang adalah mengenai Pembekalan Air Bersih dan Sumber Tambahan Air Mentah bagi keperluan rakyat. Bukannya setakat nak memenuhi keperluan Politik mereka sahaja!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.