Mengakui jalan yang dilalui semakin sukar dan penuh ranjau, Anzalna Nasir tidak ada sebab untuk melarikan diri daripada segalanya.
Melalui hari-hari baru yang belum menjanjikan apa-apa, dia berserah segala-galanya pada takdir yang telah ditentukan untuknya.
Rentetan daripada kisah hitam yang pernah menggegarkan industri hiburan satu ketika dahulu, Anzalna tekad untuk melupakan kisah itu.
Kisah 'percakaran' sesama rakan artis tersebut mahu segera dihapuskan daripada kotak ingatannya. Mungkin pengorbanan yang dilakukan oleh gadis cantik manis ini tidak diketahui umum.
Namun, jauh di sudut hatinya dia berbangga apabila dapat menghapuskan ego dalam kerendahan hati untuk menghadapi masalah yang cukup besar.
"Tidak ada pengorbanan yang paling besar yang pernah saya lakukan selain meminta maaf atas apa juga kesilapan. Orang mungkin ingat saya yang bersalah tetapi percayalah segala-gala yang saya lakukan selama ini saya anggap sebagai pengorbanan besar dalam hidup.
"Alhamdulillah, rentetan daripada kes sebelum ini, orang masih boleh menerima saya. Peminat pun tidak mengata apa-apa selain daripada terus memberikan sokongan kepada setiap produk yang saya hasilkan. Itu memang satu perkara yang menakjubkan.
"Apapun yang terjadi dahulu saya tidak mahu ungkit lagi. Biarlah perkara itu saya simpan sendiri tanpa perlu dihebahkan apa yang sebenarnya terjadi.
Saya sanggup berkorban memohon kemaafan dan segala-galanya berbalas apabila semakin ramai yang menerima kehadiran saya dalam industri ini.
"Saya tidak boleh menutup mulut orang yang iri hati terhadap saya. Itu hak mereka dan biarlah mereka terus mengadili saya," luah Anzalna lagi.
Tidak terdetik rasa menyesal dengan apa yang telah terjadi sebaliknya pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini bersyukur kerana diberi pengajaran paling berguna pada usia sebegini.
"Memang saya sangat berhati-hati. Nak cerita lebih-lebih macam dulu memang tidak. Apa juga masalah yang melanda saya akan cerita pada ibu bapa dan adik beradik yang lain.
"Hanya mereka yang layak saya letak seratus peratus kepercayaan kalau nak dibanding dengan orang luar.
"Tapi itu bukan penyebab untuk saya tidak berkawan dengan orang lain. Kawan tetap kawan macam biasa. Cuma nak bercerita lebih-lebih tu memang tidak, sebab sejarah telah membuktikan banyak kawan menjadi lawan," jelas gadis berusia 24 tahun ini.
Ps: Nak korbankan ego dan mintak maaf tu memang bagus. Tapi jangan pulak sampai melampaui batas. Nanti, takut semua benda jadi korban. Naya woo...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.