Sama ada korang perasan atau tidak, perkara ini berlaku didalam PKR. Ianya jelas kelihatan jika kita ikuti perkembangan mereka dengan lebih mendalam.
Konflik ini dilihat timbul diantara Si Assmin dengan Si Tian Chuak tu. Bukan sekali diorang bercanggah pendapat diantara satu dengan yang lain.
Bermula dengan isu jet mewah yang ditimbulkan oleh Si Tian Chuak tu sebelum ini. Si Assmin tu dengan selamba je bidas Si Tian Chuak dalam media.
Kata Si Assmin, Si Tian Chuak tu tak layak untuk bagi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut sebelum mendapat penjelasan dari pihak tertinggi terlebih dahulu.
Sekarang ni, timbul pulak isu mengenai Kabinet Bayangan ni. Konflik itu ditimbulkan oleh Si Ketua Penerangan PKR Selangor yang kemudiannya disambut oleh Si Tan Seng Giaw.
Timbalan Pengerusi DAPigs tu membantah cadangan yang dikemukakan oleh PKR untuk meletakkan 20 orang pemimpin mereka dalam barisan Kabinet Bayangan.
Apa yang diluahkan oleh Si Tan Seng Giaw tu dibalas semula oleh Si Tian Chuak dengan menyatakan bahawa ianya hanya 'Salah Faham'.
Kata Tian Chuak, Tan tidak tahu tentang penyenaraian tersebut sehingga menimbulkan salah faham tersebut. Bermakna, memang wujud penyenaraian Kabinet tu.
Namun, dalam kenyataan lain, Si Assmin tu sebaliknya menafikan bahawa wujud sebarang penyenaraian berkaitan dengan Kabinet Bayangan ni.
Sekarang yang mana satu yang betul? Ada ke tak ada penyenaraian tu? Kenapa pulak dalam satu kumpulan ada dua pandangan yang berbeza mengenai isu yang sama?
Nah!!! Adakah kemungkinan memang wujud konflik diantara dua orang pemimpin PKR ni secara diam - diam? Kalau betul, tak heran la kenapa diorang tak berani nak buat Kabinet Bayangan tu. Sesama diorang pun bertelagah, lagi nak memerintah ke? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.