“Saya memang minat seni mempertahankan diri sejak di bangku sekolah lagi. Masa saya berumur 16 tahun, saya menyertai kelab muay thai kerana saya terlalu berminat dan saya ingin tahu macam mana nak ‘fight’. Sekarang saya disuruh bersilat pula,"
Di dalam filem tersebut, Izara membawa watak sebagai Nur Ain. Jelasnya, ini filem pertamanya di mana dia tampil sebagai watak utama.
“Nur Ain seorang gadis yang pandai bersilat, perwatakannya tegas dan ber-ego tinggi. Berbeza daripada lakonan sebelum ini, saya terpaksa belajar bersilat walaupun saya mempunyai asas dalam tomoi."
Dia mula berlatih silat sejak dua bulan yang lalu sebelum menjalani proses penggambaran.
“Saya berlatih dengan tenaga profesional yang disediakan oleh pengarah, Bob Singah. Dan sekarang, saya sudah boleh berlawan walaupun kadang-kalanya cedera. Tetapi tidaklah serius, hanya kesan lebam saja,” selorohnya.
Buat pertama kali, Izara digandingkan bersama Beto Kusyairy.
“Alhamdulillah, saya pertama kali berlakon bersama Beto dan dia sangat profesional. Dia seorang pelakon yang bagus, memahami dan untuk mendapatkan ‘chemistry’, kami berborak di lokasi untuk mendapatkan ‘feel’ dalam lakonan,” katanya.
Ps: Hadeh!!! Dah dia nak bersilat la pulak. Macam - macam betul Si Izara ni. Cukup versetil. Macam - macam watak dia boleh pegang. Teruskan la selagi termampu. Jangan buat kerja yang bukan - bukan, sudah la!!!
Saya meminati gaya lakonan izara, semoga dia berjaya dalam bidang lakonan nanti
BalasPadam