Apa nak buat kalau seorang suri rumah yang berusia 20an ni bosan dengan rutin hariannya dan terjebak dengan aktiviti seperti ini?
Disebabkan dia terlalu bosan buat kerja dirumah, maka dia cari la jalan lain untuk menghabiskan masa lapang dia sehingga membuatkan dia jadi gian.
Mana la suri rumah ni tak jadi gian beb kalau dah dalam sehari sampai 6 hingga 8 jam dok mengadap komputer main 'game'.
Malah, dia jugak turut menjadi pelanggan tetap Cyber Cafe dengan membawa anaknya yang berusia 3 tahun sejak setahun yang lalu.
Malangnya, wanita muda tu terlalu khusyuk bermain permainan komputer tersebut sehingga lupa memberikan anak lelakinya makanan.
Pengurus Pusat Cyber berkenaan menyatakan wanita tersebut mengunjungi premisnya sejak setahun yang lalu bersama anaknya yang dikatakan sebagai anak tunggalnya.
Wanita muda tu jugak dikatakan tidak mempunyai pekerjaan lain selain menjadi suri rumah sepenuh masa.
Fuh!!! Nasib baik la dia setakat gian main permainan komputer. Kalau dia gian ke benda lain, lagi parah la jawabnya. Tapi, ada baiknya dia cari benda lain yang nak dibuat daripada dok mengabihkan masa tak tentu arah macam tu. Tak de faedah lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.