Hari ni kecoh dilaman sosial mempertikaikan tindakan Menteri Besar Pahang yang dilihat 'keras' sewaktu melayan kunjungan Masyarakat Orang Asal baru - baru ni.
Kononnya mereka kata MB Pahang ni ajak salah seorang orang Asal yang turut hadir pada hari tersebut bergaduh dengannya. Itu pun jika mereka tidak percaya kepada beliau.
Soalnya sekarang, apa tujuan utama Orang Asal ni berhimpun di Wisma Sri Pahang tu? Adakah kehadiran mereka sekadar untuk cari pasal dan bergaduh dengan MB Pahang?
Tidak. Diorang ni datang sebab nak hantar Memorandum kepada MB Pahang. Adakah MB Pahang tak terima memorandum tersebut? Rujuk Kat Sini.
MB Pahang jelas terima memorandum tu dan turun sendiri berjumpa dengan masyarakat Orang Asal yang berkumpul walaupun beliau sepatutnya menghadiri mesyuarat Exco.
Nah!!! Itu sahaja sudah mampu membuktikan bahawa MB Pahang ni seorang yang 'Gentleman' dan sanggup berhadapan dengan rakyat secara bersemuka.
Tahan la daripada Menteri Besar Kelantan yang lansung menghina masyarakat Orang Asal ketika berhimpun di Pejabat Menteri Besar Kelantan hari tu.
Nik Aziz bukan sahaja tak turun jumpa dengan mereka, malah dia juga turut menyifatkan masyarakat Orang Asal tu sebagai orang luar. Itu jelas satu penghinaan. Klik Sini.
Tapi yang herannya, kenapa pulak Haprak Daily tu tak nak tunjuk dan tayangkan video pasal penghinaan tersebut? Kenapa pulak diorang diamkan sahaja kenyataan Nik Aziz tu?
Perjumpaan Wakil Jawatankuasa Tanah Adat Orang Asal Pahang bersama YAB Menteri Besar pada bulan Julai 2012 |
Isu di Pahang ni sebenarnya dah pun dibawa berbincang diantara Menteri Besar Pahang dengan wakil Jawatankuasa Tanah Adat Orang Asli Negeri Pahang sendiri.
Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil setiap daerah didalam Negeri Pahang. Diantara yang dibincangkan adalah mengenai isu tanah masyarakat Orang Asal ni.
Ianya telah diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang pada bulan Julai yang lalu. Baru 3 bulan lebih, takkan la diorang harap semua benda tu boleh selesai?
Dalam perbincangan itu juga, ada dimaklumkan bahawa orang Asal di Cameron Highland mintak bantuan Kerajaan Pahang campur tangan isu Ladang Rakyat.
Rupanya, kes Ladang Rakyat di Kelantan tu pun ada kaitan juga dengan isu tanah Adat Orang Asal Pahang ni. Dah tak cukup tanah di Kelantan sampai ke Pahang pun diorang nak rembat?
Sekarang, apa isu sebenarnya? Adakah ianya pasal isu tanah atau isu pasal MB Pahang ajak orang bergaduh? Tahan la MB Pahang BERANI cabar orang tu depan - depan dari terus tak turun lansung jumpa rakyat macam Nik Aziz!!! Cakap pandai, tapi Pengecut!!!
hal-hal tanah ni, tak kira tanah rizab asli ke tanah kerajaan ke,adun bukit ibam sekarang juga perlu disiasat, ahli keluarganya banyak redah tanah dalam kawasan pas tu jual kat orang, yb mcamni dah tak layak memimpin sebab bukan dia yang memimpin tapi bapaknya yang memimpin,...wallahuaalamm
BalasPadam