Jumaat, Oktober 19, 2012



Nampak gayanya, Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim ni masih lagi nak memperbodoh – bodohkan rakyat Selangor dengan alasan yang bukan – bukan. Mereka jelas kebuntuan idea untuk menyelesaikan masalah air yang timbul.

Jika sebelum ini, Khalid sebagai seorang Menteri Besar memberikan jawapan bahawa Rejimnya akan mengambil air dari Tasik Kenyir di Terengganu dilihat sebagai satu alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali ditolak oleh rakyat.

Kali ini, seorang lagi pemimpin dibawah pemerintahannya mengeluarkan kenyataan yang hanya dilihat cuba untuk memperbodoh – bodohkan rakyat dan menakut – nakutkan pelabur asing untuk melabur di Negeri tersebut.

Salah seorang Exco Selangor telah membuat dakwaan kononnya Kerajaan Pusat gagal untuk menghormati undang – undang sedia ada serta turut memberikan gambaran negatif kepada Negara – Negara luar.

Soalnya, sejak bila pulak puak – puak Pakatan yang dipimpin oleh seorang pemimpin seperti Khalid ni ambil peduli tentang imej serta maruah Negara? Bukan ke selama ini diorang jugak yang sering keluar Negara dan memburuk – burukkan Negara secara terang – terangan?

Tambahan pulak, jika difikir dari segi logik akal sekali pun, Negara mana atau syarikat mana yang nak melabur didalam kawasan yang kurang dari segi infrastruktur serta kemudahan seperti air ni?

Sebagai contoh, sebuah pengeluar sarung tangan terbesar di dunia seperti Top Glove yang sudah pun beroperasi di Selangor pada ketika ini sedang menghadapi masalah gangguan operasi kerana kurang bekalan air yang mencupi.

Itu kilang yang sedia ada. Belum kira kilang yang baru nak bina. Kalau tau kawasan tu tak dapat nak menyediakan kemudahan asas seperti itu, mana mungkin syarikat baru mahu melabur dan membuka kilang mereka di Malaysia.

Namun, apa yang lebih mengecewakan rakyat ialah apabila kenyataan dari Exco tersebut hanya menjuruskan kepada pendapatan Negeri semata – mata dan membelakangkan keperluan rakyat.

Padahal, sepatutnya sebagai sebuah Rejim yang sering mendabik dada mengatakan bahwa mereka ni menjaga Kebajikan Rakyat perlu mendahulukan rakyat dari pelabur – pelabur asing.

Sedangkan rakyat Selangor sendiri pun sedang menghadapi masalah dengan isu air ni, lagi puak – puak Rejim Pakatan pimpinan Khalid tu nak kata yang Kerajaan Pusat sengaja mempolitikkan perkara ini?

Nampak sangat la yang mereka ni memang lebih suka mementingkan poket sendiri dari mengambil tahu tentang keperluan rakyat. Dah jelas bahawa perjuangan mereka sebenarnya bukan untuk rakyat tetapi demi kepentingan diri sendiri.

Jadi, tak payah la diorang nak susah – susah menyalahkan orang itu dan ini dalam isu mengenai bekalan air ni. Ini bukan masanya nak menunding jari. Rakyat nak masalah air ni diselesaikan, bukan setakat bercakap je kerjanya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping