Sabtu, April 21, 2012


Pergh!!! Best gila!!! Inilah padahnya kalau Menteri Besar Kelantan tu sombong tak kena tempat. Dah tak pasal - pasal je kena maki dek rakyat sendiri.

Sebelum ni, Si Wali Terompah tu kata dia takkan layan tuntutan yang dibuat oleh penduduk Orang Asli di Kelantan. Kononnya dia kata diorang tu orang luar.

Malah, Si Wali Terompah tu siap cakap yang kalau layan pun, buat mengabihkan masa dia je. Sekarang, apa lagi yang dia nak cakap?

Macam ni ke caranya dia menjaga Kebajikan Rakyat dengan menidakkan hak mereka untuk buat aduan? Dah la tanah diorang dia rampas dan bagi pada orang luar. Bila datang mengadu pun, dia buat tak tau je!!! Nak jaga Kebajikan Rakyat menda jadahnya!!!
Masyarakat Orang Asli Kelantan menggesa Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung kenyataan beliau yang mendakwa demonstrasi di Kompleks Kota Darul Naim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat negeri itu.
Kegagalan Nik Aziz berbuat demikian akan menyebabkan Kelantan bakal kehilangan undi daripada masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Ketua Jaringan Kampung-kampung Orang Asli Kelantan, Azmi Badol merasa terhina dengan kenyataan Nik Aziz yang menganggap mereka bukan di kalangan masyarakat Kelantan.
Katanya, tindakan Nik Aziz berterusan mengabaikan masyarakat Orang Asli di Kelantan, malah kehadiran mereka dalam demonstrasi pada Ahad lalu itu juga menggunakan hasil titik peluh sendiri.
“Kami rasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar yang anggap kami bodoh dan kata kami bukan orang Kelantan. Segala tempahan bas dan kos dikumpul orang kampung untuk kami berhimpun di Kota Bharu.
“Masalah kami tidak pernah diambil peduli, malah kami tidak dihormati dan tidak diiktiraf. Menteri besar sentiasa dalam penafian dan tidak berniat menyelesaikan masalah Orang Asli di Kelantan.
“Kami mahu Nik Aziz mohon maaf dan perjelas bahawa ada dalang dari luar. Jika kenyataan itu tidak ditarik balik, Orang Asli tidak akan undi mereka. Malah undi Orang Asli ke atas pembangkang akan hilang di mana-mana negeri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada 17 April lalu, Nik Aziz mendakwa demontrasi Orang Asli yang diadakan di Kompleks Kota Darul Naim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat Kelantan.
Katanya, Orang Asli luar Kelantan telah digunakan pihak tertentu kononnya untuk menyerahkan memorandum kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri.

Ahad lalu kira-kira 300 masyarakat Orang Asli berhimpun di depan hadapan Pejabat SUK bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang dikatakan berdiam diri terhadap pengambilan tanah adat mereka.
Mereka telah berkumpul sejak awal 9.00 pagi sambil membawa pelbagai kain rentang yang didakwa telah menderita di atas tindakan kerajaan negeri selama ini.
Sementara itu, penduduk Kampung Pahong Pos Bihai Gua Musang, Harom B Asir, 61, turut menyatakan kesedihan sama apabila Nik Aziz mendakwa demonstrasi Ahad lalu didalangi orang luar.
“Kami tidak puas hati tindakan Menteri Besar kata kami tiada hak ke atas tanah. Pernah kata Orang Asli pendatang, bukan orang sini.
Kami orang yang turun temurun (pemastautin) di bumi Malaya,” katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Sudah terang lagi bersuluh merekalah Peribumi yang perlu diberi penghurmatan oleh pendatang seperti Nik Aziz, Arab pun tidak Jawi pun tidak.

    Lupa daratan lupa asal usul.

    Semakin lama semakin Riak dan semakin Sombong.

    Pintu Syuga Nik Aziz dan roboh . Berbondong2 manusia berebut masuk, paling banyak dari DAP dan peliwat2 termasuk manusia2 dua alam.

    Yang dok berhimpun di Dataran Merdeka bebas jantan betina bergaul tanpa batas siang dan malam semua masuk Syurga Nik Aziz.

    Ada Sepanduk di Pintu Syurga, NO Entry untuk UMNO. Terima Kasihlah Pok Nik. Orang2 UMNO tak termakan dengan janji Syurga Pok Nik.

    BalasPadam
  2. apa la bodoh sgt si nabi Pas ni...?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping