Rentetan dari isu yang hangat dibangkitkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang semalam juga menjadi bualan dikedai - kedai kopi.
Namun pandangan dari salah seorang sahabat Semut yang juga ahli PAS ni jelas membuktikan bahawa mereka sendiri muak dengan Politiking PKR.
Kata sahabat Semut tu, PKR ni sebenarnya dah kehabisan idea nak serang MB Pahang sewaktu penyerahan memorandum tersebut. Mereka ingat benda tu boleh jadi isu.
Perancangan asalnya ialah untuk memburuk - burukkan MB Pahang serta Kerajaan Negeri kerana tidak muncul untuk terima memorandum dari wakil Orang Asal ni.
Tetapi, perancangan mereka ternyata GAGAL kerana bukan sahaja MB yang hadir, malah turut ditemani oleh Exco Kerajaan Negeri yang lain.
Termasuk Pengerusi Hal Ehwal Luar Bandar dan Orang Asli Negeri Pahang, Dato' Wan Mohd Roshdi dan seterusnya menerima memorandum tersebut dengan beberapa pindaan.
Maka, hilang la modal Politik puak - puak Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh PKR ni. Nak tak nak, terpaksa la mereka menjadikan isu yang remeh ini sebagai modal.
Tujuan utama masyarakat Orang Asal tu datang ke Wisma Sri Pahang adalah untuk menyerahkan Memorandum. Itu isu asalnya. Dan ianya diterima baik oleh MB sendiri.
MB Pahang Dikerumuni oleh Wakil Masyarakat Orang Asal |
Malangnya, dek kerana terikut - ikut dengan arus Politiking puak - puak Pakatan Pembangkang ni, isu tu pun tidak diketengahkan.
Sebaliknya, mereka lebih suka memburuk - burukkan keadaan. Bermakna, memang sah la Pakatan Pembangkang ni bukannya nak memperjuangkan rakyat.
Jika tidak, kenapa pulak soal penyerahan memorandum tersebut tidak dijadikan tajuk utama? Dan kehadiran wakil PKR yang diatas tu juga menjadi satu tanda tanya.
Adakah PKR hanya pandai mempergunakan orang sedangkan mereka selama ini lansung tidak pernah mengambil tahu serta cuba untuk menyelesaikan masalah rakyat?
Jelas, provokasi seumpama ini memang sesuatu yang menjijikkan. Bukan setakat untuk mereka yang menyokong Kerajaan, tetapi dikalangan penyokong mereka sendiri pun dah menyampah!!! Buat kerja malas. Tau nak mempergunakan orang je. Menda kejadahnya!!!
Ps: Untuk kupasan lebih menarik mengenai Akta Orang Asli, Klik disini.
Ps: Untuk kupasan lebih menarik mengenai Akta Orang Asli, Klik disini.
MB Pahang bukan calang2 orang.
BalasPadamIni dkatakn pemimpin sejati.syabas mb...
BalasPadam