Jumaat, Oktober 12, 2012


Mak ai!!! Selama ni orang ingatkan cerita 'Transformer' yang banyak membantu rakyat tu hanya satu fantasi pihak tertentu untuk melariskan jualan.

Tak sangka pulak di Malaysia ni memang wujud Transformer untuk membantu rakyat terutama dikalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Hah... inilah baru betul Kerajaan yang nak membantu rakyat. Walaupun orang anggap ianya fantasi, tetapi ianya diolah dan dijadkan satu realiti.

Apa yang dijanjikan sebelum ini semuanya ditepati dan kehendak rakyat semuanya dipenuhi. Bukan macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Setakat bercakap je yang diorang pandai, tapi kalau suruh buat, macam taik!!! Cakap buat mengabihkan masa je!!!
SME Corporation Malaysia (SME Corp) yakin dapat menarik 1,500 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi Program ‘Brand Transformer’ yang baru dilancarkan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, SME Corp dan rakan penyumbang iaitu SIRIM Berhad, Limkokwing University of Creative Technology (LUCT), Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC), MyIPO, dan Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) akan mengadakan sesi jelajah ke 25 lokasi seluruh negara.

“Objektif utama Brand Transformer adalah untuk menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan pembungkusan, penjenamaan dan pensijilan terutamanya kepada PKS di kawasan luar bandar.

“Kami telah menyediakan pelbagai program seperti seminar dan bengkel latihan untuk membantu golongan PKS memajukan perniagaan mereka,” katanya selepas majlis Malaysian Brand Forum 2012 dan pelancaran Brand Transformer yang disempurnakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Seri Kembangan, semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, program Brand Transformer yang mesra rakyat ini dilihat selari dengan pelan induk PKS kerajaan 2012-2020 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kebanyakan PKS biasanya berdepan cabaran paling utama iaitu modal dan tidak terdedah dengan akses kepada pasaran. Kadang kala, sesebuah produk itu bagus tetapi pengusaha tidak tahu bagaimana untuk mengetengahkannya dengan cara betul,” katanya.  
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping