Jumaat, Oktober 12, 2012

Gambar Hiasan

PERSOALAN ‘lebih sudu daripada kuah’ bukanlah asing dalam industri hiburan tempatan. Apatah lagi, jika seorang artis diuruskan individu yang rapat dengannya. 

Pun begitu, baru-baru ini seorang teman SS meluahkan perasaan kesalnya terhadap seorang pengurus artis baru yang berusaha membina nama.

Kata teman itu, pengurus artis terbabit bukan saja tidak hormat kerja orang, tetapi menunjuk pandai. Kata rakan SS, dalam satu sesi rakaman dijayakan artis berkenaan, sikap pengurusnya memang melampau. Bukan dia mahu menjaga keperluan artis itu, tetapi menyibuk diri mahu jadi ‘pengarah’ pula. 

Pada rakaman itu, pengurus terbabit yang menentukan di mana kedudukan kamera sepatutnya diletakkan dan gambaran macam mana perlu dirakamkan. 


Bahkan, macam mana orang lain sibuk membuat rakaman, begitu jugalah dia sibuk menonjol diri di setiap sudut dan merakam gambar artisnya. 

Kata teman SS lagi, disebabkan pihak tenaga kerja rakaman itu sudah malas melayan kerenahnya, maka mereka membiarkan saja segala tingkah lagu pengurus itu. 


Pun begitu, agak mengecewakan mereka apabila menghadapi kesukaran melakukan proses suntingan akibat kelibat pengurus itu termasuk dalam rakaman.



Mendengarkan cerita teman itu, SS jadi geli hati. Jadi tertanya-tanya, siapa yang ‘artis’ sebenarnya? Pengurus itu atau artis yang diuruskan. Itulah masalahnya kalau segala tugas nak dilakukan. 


Kalau status sudah sebagai pengurus, lebih baik jadi pengurus kepada artis itu saja. Tak payah nak berangan jadi pengarah.


Kesudahannya, gambar artis yang diurus tenggelam dan diri sendiri pula lebih menonjol. Kalau SS pun jadi tenaga kerja rakaman itu, mesti rimas dan silap-silapnya boleh bertumbuk dibuatnya. 


Sibuk orang nak buat kerja, sibuk juga dia membuat gangguan. Sudahnya, hasil rakaman sangat mengecewakan. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping