Isnin, Oktober 15, 2012


Masih tak selesai lagi rupanya pertikaian diantara dua orang mangkuk ayun ni. Isu macam ni pun diorang boleh berbalah sesama sendiri. Belum jadi Kerajaan lagi.

Kalau sebelum ini, Si Chua Katak tu kata PKR Johor akan memansuhkan pembinaan projek RAPID Pengerang jika Pakatan dapat rampas Putrajaya.

Kononnya, kata Si Chua Katak tu, projek RAPID Pengerang ni tidak membawakan sebarang keuntungan dan manfaat kepada rakyat. Sebaliknya hanya mencemarkan alam sekitar.

Tapi lain pulak dengan pendirian Si Din Pudu tu. Dia kata projek pembangunan macam RAPID Pengerang ni memang akan membawa keuntungan kepada rakyat.

Malah keuntungan itu juga bakal menguntungkan Negara asalkan ianya tidak mengenepikan kepentingan, masa depan dan sumber pendapatan penduduk.

Nampak sangat la yang diorang ni memang suka bertentangan pendapat diantara satu dengan yang lain berdasarkan perjuangan mereka yang berbeza.

Macam yang Semut kata tadi. Tu masih belum memerintah lagi. Kalau dah memerintah nanti, entah apa pulak la yang bakal jadi bahan pertikaian diorang.

Jelas, tindakan yang dibuat oleh Din Pudu tu adalah disebabkan dia tak dapat nak jelaskan beberapa perkara. Dia GAGAL nak menyahut cabaran Datuk Azalina untuk berdebat.

Selain itu, dia jugak tahu yang penduduk Pengerang marah dengan campur tangan Pakatan Pembangkang dalam isu dikawasan mereka.

Bagi penduduk Pengerang, tindakan tersebut mengganggu periuk nasi mereka dan hanya akan membuatkan mereka semakin mundur. Jadi sebab itu diorang marah.

Maka, disebabkan itulah Si Din Pudu ni tiba - tiba berubah fikiran dan mula tidak sehaluan dengan Si Chua Katak tu. Hakikatnya, dia berjuang bukan untuk rakyat, tapi demi kepentingan diri dia sendiri je!!!
BARU-BARU ini Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng memberitahu pakatan pembangkang akan memansuhkan Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor jika mereka dapat membentuk Kerajaan Pusat. 
Menurutnya, projek itu tidak memanfaatkan ramai orang dan merosakkan alam sekitar. Namun berbeza pula pendapat Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mengatakan projek tersebut tidak boleh ditolak asalkan mengambil kira kepentingan rakyat. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping