Jumaat, November 23, 2012


Pergh!!! Tak pernah dibuat dek orang beb pompuan cari lelaki. Inikan pulak kalau yang berstatus janda. Berebut - rebut nak ke sorang lelaki pulak tu.

Kalau cerita Si Che Ta tu, lain pulak. Dia menjadi rebutan dua orang lelaki yang dikategorikan sebagai anak ikan. Ini, lain pulak senarionya.

Semuanya gara - gara Si Lelaki tu tak mampu nak menunaikan janji bulan dan bintang, maka inilah jadinya. Lain kali, kalau tak sanggup nak berenang di lautan api, jangan la buat janji!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Hampir 100 orang ibu tunggal berdemonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Selangor pagi tadi bagi menuntut elaun RM100 sebulan setiap orang yang didakwa dijanjikan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.
 
Kumpulan tersebut yang berdemo selama sejam setengah bermula jam 10 pagi mendakwa mewakili ibu-ibu tunggal dari kawasan Parlimen Selangor dan menuntut bayaran elaun yang didakwa telah tertunggak selama 54 bulan.
 
"Kami datang kemari dengan tujuan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk menuntut janji.
 
"Kita mahu janji dikotakan. Kalau janji tidak dikotakan, kita dianayai. Apabila menang kita ditinggalkan begitu sahaja," kata Murtini Kasman yang bertindak sebagai wakil kepada kumpulan berkenaan.
 
Memorandum itu diserahkan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, yang berjanji akan menemui wakil kumpulan ibu tunggal itu minggu depan.
 
Bagaimanapun, Rodziah menjelaskan, kerajaan Pakatan tidak pernah berjanji untuk menyediakan elaun dalam bentuk wang ringgit sebaliknya elaun tersebut diberi dalam bentuk bantuan kebajikan.
 
"Kita akan panggil wakil-wakil mereka untuk saya perjelaskan apakah sebenarnya yang telah kita laksanakan oleh kerajaan negeri. Peruntukan atau elaun itu pelbagai. Bukan hanya RM. Tidak pernah kami berjanji (dalam bentuk RM)," jelasnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping