Rabu, November 28, 2012


Inilah wajah sebenar puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang ni jenis manusia yang tak sedar diri. Mereka ni asyik dalam dunia mereka.

Demi memenuhi agenda Politik Serakah mereka, apa sahaja mereka sanggup lakukan. Malah, mereka sanggup berkali - kali menipu rakyat secara terang - terangan.

Sekarang kita sudah dapat melihat bagaimana agenda untuk memperjuangkan Negara Islam mereka dilacurkan begitu sahaja. Hukum Hudud pun begitu juga.

Dalam muktamar yang lepas, diorang ulang lagi pendirian untuk melaksanakan Hudud. Tapi, bila Si Karpal Whilchar tu batuk je, diorang dah mula menggelupor.

Itu baru isu pasal salon gunting rambut. Itu baru cerita pasal pentadbiran Negeri yang dah sekian lama diperintah oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Pun diorang masih lagi tak istiqomah dalam melaksanakan perjuangan mereka sendiri. Lagi diorang nak tipu rakyat diorang mampu mengalas beban untuk merampas Putrajaya?

Jangan mimpi la!!! Kalau bagi jugak diorang ni kuasa untuk memerintah, bukan setakat ahli - ahli je yang sanggup diorang kencing. Malah seluruh rakyat dunia pun sanggup ditipunya. Itu je yang diorang mampu buat. Bukannya diorang tau buat kerja lain!!!
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung tiga sayap utama UMNO ada menyebut, "Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam."

Beliau berkata demikian ketika merujuk pada hala tuju perjuangan PAS yang ternyata hanya bijak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Selanjutnya beliau meminta rakyat supaya mengambil kesempatan PRU 13 nanti untuk memastikan PAS tidak lagi bebas untuk terus berbohong dengan berselindung disebalik retorik agama yang mengelirukan.

Barangkali menyedari betapa pedasnya teguran oleh Timbalan Presiden UMNO itu, tak semena-mena para penyokong PAS dan PR menghamburkan kemarahan mempertikaikannya.

Memang agak pahit untuk penyokong pembangkang menerima kebenaran kenyataan itu sekalipun terbukti benar sejak 61 tahun PAS ditubuhkan hanya gembar-gembur propaganda sahaja yang mampu PAS utarakan kepada rakyat.

Mudah untuk PAS berjanji itu dan ini konon asas perjuangan bersandarkan Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w, namun realiti dari segi praktikalnya bab kata Tan Sri Muhyiddin kepada PAS, "jauh panggang dari api,"

Lihat sajalah tindak balas lemah oleh kepimpinan PAS ketika timbulnya isu kebebasan agama yang di suarakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, sehingga kini PAS gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu itu.

Ramai dikalangan pemimpin PAS lebih gemar mengambil pendirian berkecuali atau hanya berdiam diri sekalipun tahu kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR itu besar impak negatifnya terhadap akidah orang Melayu Islam.

Malah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi PM sekiranya PR diberi peluang memerintah juga PAS gagal tanganinya dengan berkesan sehingga akhirnya ternampak jelas kuasa pemutus sebenarnya berada di tangan DAP manakala PAS cumalah sekadar balaci sahaja.

Sudah 12 kali musim PRU berlalu, dan dalam tempoh itu hingga sekarang PAS terus gagal membuktikan partinya jauh lebih baik dari UMNO, baik dari segi manfaat untuk rakyat, agama mahupun negara.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping