Halamak!!! Apa lagi yang MB Pahang nak buat ni? Kenapa pulak beliau berani nak memalukan puak - puak Pakatan Haramjadah tu depan orang ramai?
Tapi, nak heran apa beb dengan MB Pahang ni. beliau bukannya macam MB Pakatan Pembangkang yang lain tu. Beliau memang berani sebab dia yakin dengan apa yang dibuat.
Sebab itu bila masyarakat orang Asal Pahang berkumpul depan bangunan Wisma tak berapa lama dulu beliau berani turun dan bersemuka dengan mereka.
Nak harap MB Pakatan Pembangkang tu bertindak sedemikian? Jangan harap la!!! Bukan setakat takut nak bersemuka dengan rakyat je. Dengan ibu - ibu tunggal pun diorang ketar lutut!!! Jadi, nak memerintah macam mana kalau dengan rakyat pun diorang Pengecut!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) Pahang dapat memenangi sekurang-kurangnya 13 daripada 14 kerusi parlimen negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, satu lagi kerusi parlimen berada dalam situasi 50-50.Mengenai kerusi dewan undangan negeri (DUN), BN Pahang yakin dapat menguasai 40 daripada 42 kawasan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mengenai Memudah Cara Peningkatan Masyarakat (FSU), di sini hari ini.Pada pilihan raya umum 2008, BN kalah di dua kerusi parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan lima kerusi DUN iaitu Triang dan Tras kepada DAP, Beserah dan Kuala Semantan (Pas) serta kerusi Tanah Rata kepada calon Bebas.Bagaimanapun, wakil Bebas Ho Yip Kap kemudian menyertai BN menerusi parti Gerakan.Mengenai kerusi parlimen yang berada dalam situasi 50-50 itu, Adnan berkata: "Kalau kita lebih lagi mendekati rakyat, Insya-Allah kita akan dapat 14 (kerusi parlimen)," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.