Haduhai!!! Ada jugak orang yang 'ghairah' tengok dia ni ye. Kalau orang lain tu tak cukup 'stim' katanya sebab rupa dia macam 'papan lapis'.
Terus terang la ye. Yang sebenarnya, orang tak takut lansung bila dengar Si Nurul Izzah tu nak ambik tindakan terhadap Utusan sebab semua orang dah tau.
Rakyat sendiri dah boleh menilai dengan bijak. Hakikatnya, Si Nurul Izzah tu hanya nak menutup cerita je. Jadi, dia buat la tindakan tersebut.
Selama ni, dia jugak yang dok melaung - laungkan Kebebasan Media. Tapi Kebebasan tu hanya bila ianya ada kebaikan untuk diorang je. Kiranya terhad jugak la.
Bukan la diorang ni benar - benar nak memperjuangkan Kebebasan Media atau Kebebasan Bersuara. Sekadar nak sedapkan cerita je.
Bak kata seorang sahabat Semut la; "Kalau baca dalam Harakah atau Keadilan Daily tu pun apa kurangnya. Cerita semuanya fitnah belaka.
Bila suruh dedahkan bukti, diorang suruh tunggu. Diorang kata bukti akan didedahkan kemudian. Nak Kerajaan jawab dulu. Tapi, ada pemimpin Kerajaan saman diorang?
Tak de jugak orang yang nak saman. Tak de pulak Rosmah Mansor atau Sharizat nak ambik tindakan. Yang diorang melulu nak saman kenapa?"
Jawapannya mudah. Sebab diorang kemaruk nak cari duit mudah. Lepas tu nak dijadikan modal Politik. Itu je tujuan diorang.
Cuba korang fikirkan. Kalau perjuangan diorang sendiri pun sanggup diorang ludah dan lacurkan terang - terangan, lagi nak harap diorang memperjuangkan Hak Rakyat ke? Jangan harap la!!! Setakat cakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga anak kepada Ketua Umum parti itu, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini.Saman tersebut membabitkan empat artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia antara 5 dan 7 November lalu yang didakwa oleh Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.Tajuk artikel-artikel tersebut ialah:Nurul Izzah selaku plaintif menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama dan kedua. - seterusnya...
- Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah Anwar diterbitkan di muka hadapan, 5 November.
- Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu diterbitkan di muka surat lima, 6 November.
- Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik diterbitkan di muka surat lima, 6 November.
- Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara pluralisme agama diterbitkan di muka surat lima, 7 November lalu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.