Halamak!!! Macam mana pulak benda ni boleh berlaku? Kenapa dia mengalami gangguan seumpama itu secara tiba - tiba?
Apa yang dijelaskan dibawah ni memang menunjukkan yang mereka ni sah mengalami gangguan seksual dan gangguan mental dalam masa yang sama.
Hari tu diorang kata, perlaksanaan yang akan dijalankan hanya melibatkan orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tak kena.
Tapi kenapa pulak dalam stiuasi lain, orang yang bukan Islam pun turut dikenakan tindakan yang sama jugak? Mereka jugak turut disaman. Kan pelik tu.
Karpal berkata, orang bukan Islam Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.Pengerusi DAP itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.
Itu menunjukkan bahawa selama hari ini, mereka sendiri keliru dengan apa yang mereka hendak lakukan. Mereka tak mampu nak laksanakan apa yang diorang sendiri cakap.
Dalam isu pasal kedai gunting rambut sahaja mampu menunjukkan bahawa mereka turut mengenakan hukuman terhadap orang Bukan Islam.
Kan itu bercanggah dengan apa yang pernah disebut sebelum ini? Kan itu membuktikan bahawa mereka hanya memperdayakan orang - orang bukan Islam?
Secara tak lansung, tindakan yang dibuat oleh mereka ni berjaya membuktikan bahawa Tun Dr. Mahathir berkata benar dalam isu soal Hudud:
Kenyataan YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan adalah tepat dan selari dengan pelaksanaan undang-undang Islam seperti yang ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed di dalam suratnya kepada MB Kelantan pada 15 Julai 1994.Tun Dr Mahathir di dalam suratnya mempertikaikan perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan kerana PAS hanya bercadang hukum itu diguna ke atas orang Islam sahaja. Penjelasan Tun Dr Mahathir adalah seperti berikut,“Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.”Tun Dr Mahathir turut menyambung,“Memang benar di zaman Nabi Muhammad S.A.W. orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kita Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbeza dengan hukum-hukum dalam al Quran.”
Yang herannya, kenapa pulak diorang beria - ia nak salahkan Tun dan melabelkan dia sebagai Kafir sedangkan apa yang diorang buat sama dengan apa yang disebut oleh Tun?
Kan nampak sangat yang diorang ni pun sebenarnya keliru dengan apa yang mereka nak buat. Kalau la benda macam tu pun diorang boleh jadi caca marba, macam mana nak bagi diorang mentadbir Negara? Alamat, jahanam la jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.