Isnin, November 26, 2012


Haduh!!! Orang lain kalai kena sekali dua, tahan la jugak beb. Tapi, kalau ada yang kena sampai berpuluh - puluh kali ni, memang sah ada yang tak kena.

Tapi, apa boleh buat ye tak. Dah semua ni dia sendiri yang cari penyakit. Dia sendiri yang nak bikin masalah. Tu pasal la hari - hari dia kena tenyeh.

Baru beberapa bulan 'Berhijrah' dah pandai nak keluarkan hukum dan buat fatwa ikut sedap mulut dia je. Lepas tu, tuduh orang pulak selewengkan kenyataan.

Tu semua jenis manusia yang terasa diri dia bagus sangat dari orang lain la tu. Jenis manusia yang riak walaupun dah diberi hidayah oleh Allah S.W.T.

Orang macam ni yang nak disuruh jadikan sebagai ikon dan ikutan anak - anak muda? Sorry la. Buat mengabihkan masa je. Orang lain belajar jugak ilmu agama. 

Tapi tak de la riak macam Si Ostazah Pening tu bercakap benda yang bukan - bukan. Dah la belajar pun tak tau setakat mana, lepas tu ada hati pulak nak mengutuk orang tak tentu arah. Dasar tak sedar diri tu la!!!
Penyanyi kelahiran sebuah rancangan realiti, Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali dengan nama Adam mengakui dirinya ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan ilmu perubatan Islam.

Walaupun Adam masih lagi mendalami ilmu agama, dia tidak mahu dirinya kelihatan riak dengan ilmu yang didapati.

Untuk memastikan niatnya untuk berubah sejajar dengan tuntutan Islam, Adam banyak membataskan dirinya dari melakukan perkara yang ditegah dalam Islam.

“Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan kerana tidak mahu menimbulkan rasa riak,” katanya.

Pun begitu, Adam mempunyai pegangan tentang perangai manusia yang dia tidak gemari kerana kemungkinan sikap itu mampu mempamerkan imej umat Islam yang tidak baik.

Justeru, Adam akan sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa membimbing dirinya ke arah dan jalan yang benar.

“Saya tak berapa berkenan melihat mereka yang baru memakai kopiah dan bertudung terus menjatuhkan hukum kepada orang lain. 

Janganlah terlalu drastik kerana setiap orang ada bahagian masing-masing dan yang sebaiknya kita doakan agar dia juga turut berubah.

“Dalam solat saya mohon petunjuk daripada Allah dan inilah jawapan yang diberikan kepada saya iaitu memandu arah saya belajar perubatan Islam,” luah Adam.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping