Jumaat, November 16, 2012


Mak ai!!! Ada jugak ke adegan 'Panas' yang berlaku dalam Muktamar PAS kali ini? Adegan apa pulak? Jangan terkejut. Kali ini adegan 'Membunuh Secara Senyap'.

Apa ceritanya? Siapa yang bakal dibunuh dan siapa pulak pembunuhnya? Wah!!! Makin hari makin berdrama pulak dah puak - puak Parti Angguk Saja ni ye. Meh kita baca apa ceritanya. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!
Pada muktamar kali ini rakyat terutama penyokong PAS mahu melihat pendirian terbaru pimpinan parti dalam isu negara Islam yang masih menjadi buah mulut.
Isu ini menjadi buah mulut berikutan pendirian tidak jelas dan sentiasa berubah-ubah di kalangan pemimpin PAS.
Meskipun, pimpinan mengatakan ia telah selesai tetapi sesetengah rakyat melihat PAS telah tunduk kepada DAP dan PKR regunya dalam Pakatan Rakyat.
Kedudukan dan masa depan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dijangka dibahaskan secara panjang lebar terutama dari perwakilan yang melihat ahli Parlimen sudah menjadi `musuh’ PAS dan Pakatan Rakyat.
Apatah lagi sejak-sejak akhir ini Nasharuddin tidak henti-henti menyerang PAS terutama dalam pendirian negara Islam dan hudud.
Seorang perwakilan dari Terengganu – Wahab Mohamad – menduga perwakilan dari kumpulan penyokong Timbalan Presiden sekarang Mohamad Sabu akan membuat gesaan supaya Nasharuddin dipecat dari PAS.
“Saya dapat merasakan begini…seolah-olah Nasharuddin menjadi musuh besar kepada PAS. Sebahagian orang PAS di sini (Terengganu) sudah bercakap mengenai hal ini.
“Masa depan Nasharuddin akan ditentukan di sini. Perwakilan akan menekan pimpinan supaya memecat Nasharudin,” kata perwakilan veteran itu.
Rakannya Abas Ali, pula mencelah sejak kebelakangan ini PAS semakin ghairah untuk menghukum orang yang tidak sebulu dengan pimpinan tertentu.
Katanya, sebelum ini PAS memecat Naib Presiden, Datuk Hasan Ali kerana mengecam pendirian parti dalam isu negara Islam.
“Jika PAS memecat Nasharudin bermakna dua orang profesional hilang dari perjuangan kita. Saya bimbang selepas ini golongan profesional akan takut untuk menyertai PAS,” tambah beliau.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. AMAT MEMALUKAN SEKALI APABILA MAJLIS SYURA TIDAK MENUNJUKKAN SHOW CAUSE LETTER TERLEBIH DAHULU. MANUSI AYAN GMEMPERJUAGNKAN ISLAM DAN PERPADUAN UMMAH DIPECAT DAN DIHINA MANAKALA MANUSIA YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN SEPERTI PENZIAN DAN PELIAWAT KINI DIAGUNG-AGUNGKAN OLEH PAS. BEGITU JUGAK KENYATAAN NIK AZIZ USTAZ NASAH TIADA NAMA SEBAGAI CALON PILIHANRAYA SEPERTI SUAMI ISTERI BERCERAI DAN SAMBUTAN MAULUD NABI DIPANGGIL BIDAAH TETAPI LIHAT BETAPI HIPOKRITNYA BELAIU NENOTONG KEK HARIJADI DI RUMAH KARPAL SING. INI AJARAN ISLAM KER ATAU HANYA NIK AZIZ YANG TERLALU ISLAM?
    LIAHT KEPADA KEPINCANGAN YANG DILAKUKAN APANILA DIPANGGIL TOK GURU TETAPI BELIAU TELAH MELAKUKAN PENGKHIANAT KEPADA RAKYATNYA SENDIRI DENGAN MENGGADAIKAN TANAH DI GUA MUSANG KEPADA DAP PARTI KAFIR HARBI YANG TERANG BENDERANG MENGHINA ISLAM? APA DAH JADI KEPADA ORANG MELAYU DIKELANTAN DINAFIKAN HAKNYA? KEMANA PERGINYA DUIT PEMBERIAN BANTUAN UNTUK BEKALAN AIR BERSIH SEBANYAK RM750JUTA ITU? INILAH DIKATAKAN MANUSIA YANG BERTOPENG...AYUH NIK AZIZ AGUNGKANLAH PENZINA DAN PELIWAT..TAKEBEER...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping