KOTA BHARU - Tindakan Pas membawa masuk individu yang terkenal dan mengangkatnya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tanpa ditarbiah mendapat teguran daripada perwakilan.
Perwakilan Perak, Khairil Jamaluddin berkata, beliau bimbang senario membawa masuk calon segera ini akan menyebabkan individu sepatutnya mendapat tempat dipinggirkan.
“Sejak kebelakangan ini ramai individu termasuk mereka yang berjawatan besar dalam kerajaan dan juga artis masuk Pas, kita terima, tetapi saya hairan kenapa baru sebulan dua masuk Pas mereka sudah diangkat ke tempat yang tinggi sehingga dicalonkan,” katanya semasa membahaskan ucaptama di Muktamar Dewan Ulama Pas semalam.Sebelum ini beberapa artis seperti Hairie Othman, Abby Abadi, Bob Lokman sering kali diberi peluang berada di pentas ceramah Pas.
Manakala bekas pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar Baba turut menyertai Pas dan dikatakan akan diangkat sebagai calon dalam PRU13.
Ps: Jelas. Mereka yang dimaksudkan diatas sebenarnya masuk PAS bukan la sebab nak sangat berdakwah atau mendekatkan diri dengan Islam.
Sbealiknya, diorang masuk PAS atas dasar nak menjadi popular dan sebab ada kepentingan tertentu. Diorang nak orang selalu bercerita pasal diorang.
Kalau tak cerita baik, cerita buruk pun jadi la. Janji nama diorang sentiasa disebut - sebut dikalangan rakyat Malaysia. Diorang ni takut dilupakan terus.
Kalau orang yang benar - benar nak mendekatkan diri dengan Islam, bila dijemput naik ke pentas, dah tentu diorang akan menolak dengan rasa rendah diri.
Hanya orang yang cukup ilmu dan mempunyai karisma sahaja yang ada tempat diatas pentas. Bukannya yang baru setahun jagung macam mereka yang dimaksudkan diatas tu!!!
Tapi ini semua bukan salah diorang. Sebaliknya, semua tu salah PAS jugak. Yang diorang tu bodoh sangat kenapa!!! Sibuk sangat nak jugak pungut sampah tepi jalan. Sekarang bila dah semak, jangan la bising - bising.Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.