Khamis, November 01, 2012


Mungkin apa yang dinyatakan oleh pelakon yang Hot ni ada betulnya jugak. Memang wajar bagi dia untuk bersikap lebih selektif dalam pemilihan watak. Dan ianya tak salah.

Bagi Fazura, ianya bukan soal tak dapat tawaran berlakon atau tidak. Tetapi lebih kepada kesesuaian untuk dia melakonkan watak yang ditawarkan.
Mengakui dirinya kurang hadir dengan produk lakonan filem mahupun drama sepanjang tahun ini, Fazura berkata dia bukan bersifat memilih tetapi lebih berhati-hati dalam memilih watak yang sesuai dengan dirinya.
"Memang saya selalu mendapat tawaran berlakon. Tak kiralah drama ataupun filem tetapi saya tidak mahu mengambil semua tawaran dengan begitu mudah.
"Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti," katanya apabila ditanya pihak media berkenaan perkembangan terbarunya.
Mungkin, kalau dalam era 1990an dulu, watak ranjang ni akan mendapat perhatian hangat dari kalangan penonton. Sebab itu keluar cerita panas macam "Isteri, Perempuan dan ...".

Bagi masyarakat Malaysia secara keseluruhannya tanpa mengira bangsa atau pun agama menganggap perkara tersebut sebagai 'Taboo'.

Namun, hakikatnya, bukan la aksi sedemikian sahaja yang boleh membuatkan artis tu jadi popular. Yang penting keberkesanan lakonan dia yang jadi ukuran.

Lebih kurang jugak la dengan lakonan Si Ketua Penipu tu selama hari ini. Depan orang ramai, dia tunjuk alim. Pakai kain serban dan siap bagi tazkirah lagi pada orang.

Tapi, bila dibelakang, habis semua dia sapu. Tak kira la jantan ke betina. Semuanya sama rata. Depan Belakang Sama Rasa, kata dia. Kan hebat lakonan dia tu?


Lepas dah kantoi tu, dia cuba pulak nak menghalalkan apa yang dia buat. Dia kata, apa yang dia buat dalam bilik tertutup tu tak salah sebab itu Hak dia.

Hak memang la Hak. Soalnya sekarang, apa yang dia buat dalam bilik tertutup tu satu dosa besar dalam agama Islam. Takkan itu pun dia tak tau kot!!!

Jadi, terpulang la kepada kita untuk menilainya. Adakah kita sanggup mempunyai pemimpin yang suka bermuka - muka macam Si Ketua Penipu tu atau kita nak yang benar - benar ikhlas berjuang untuk rakyat? Korang fikir la sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping