Isnin, November 12, 2012


Kesian adik ni. Awal - awal pagi lagi dia dah kena tarbiah. Semuanya sebab dia kurang pengetahuan Ilmu agama. Suka - suka dia je nak menghalalkan orang Melayu Murtad.

Perlu ditegaskan bahawa Melayu di Malaysia ni dilahirkan Islam. Jadi, mana mungkin mereka wajar diberikan Hak untuk memilih agama mereka sendiri!!! Yang itu pun adik ni tak faham jugak ke!!! Apa kebodoh sangat dia ni!!!
Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT". 

Ini kaedah Islam yang digunapakai sehingga kini oleh para ulama. Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan. 

Dalam hal ini beliau mentafsirkan ayat ke-256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan, iaitu dengan maksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan beragama. 

Itu adalah maksud yang amat jelas daripada ucapan beliau yang dilafazkan secara zahir lagi terang. Begitulah yang boleh difahami dan setakat saya bertanya beberapa kali dengan ramai kalangan yang turut sama mendengar ucapan beliau tersebut.

Itulah perkara zahir yang diucapkan oleh Nurul Izzah yang dirakam secara verbatim tanpa edit oleh media elektronik. 

Disebabkan itu, maka Nurul Izzah harus memberi penjelasan - umpamanya apa sebenar maksud beliau jika menafikan berkata begitu? Apa hujah beliau berkata demikian? 

Jika beliau akui berkata demikian, beliau harus menariknya semula kerana kata-kata itu bertentangan dengan epistemologi dan tasawwur Islam. 

Mudahnya, ia menyalahi hukum Islam, bercanggah dengan al-Quran dan hadis malah bertentangan dengan akidah Islamiah yang suci murni itu. 

Kenyataan beliau juga menyalahi pemahaman dan tafsiran yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah dianggap beliau memahami tafsiran Melayu-Islam dalam konteks Perlembagaan Negara. 

Kalau tidak pun menarik balik kenyataan tersebut kerana ini ada berkaitan dengan akidah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Lahir-lahir dah Islam Itu kita kena faham tetapi nurul izzah anwar lahir lahir sudah kesamarataan sebab bapak dan ibu di penganut kesamarataan maka ujudlah kesamarataan, itulah perbezaanya lahir Islam dan lahir kesamarataan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping