Sabtu, November 10, 2012


Dalam kenyataan Si Mujahid Yusof Rawa hari ini menjelaskan bahawa dia tetap menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu.

Kata Mujahid, apa yang dijelaskan oleh Si Nurul Izzah tu betul dan orang Melayu tidak wajar dipaksa untuk menganuti agama Islam.
SHAH ALAM: Pemimpin kanan PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kebebasan agama termaktub dalam Islam, justeru,  katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak salah menyokong supaya prinsip itu turut diguna pakai untuk orang Melayu, dan tidak terbatas kepada  bukan Islam sahaja. 
"Apa yang dinyatakan oleh Izzah (ialah) reaksi kepada satu soalan iaitu adakah kebebasan agama ini juga diaplikasikan kepada orang Melayu," kata Mujahid kepada Antarapos
 
"Dia (Nurul) kata prinsip kebebasan agama yang diletakkan oleh Islam (jadi) aplikasinya kepada semualah termasuk orang Melayu," kata Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS. 
 
"Itu adalah satu pilihan. Tidak ada seorang yang dapat paksa tetapi ini bukan bermakna membawa kepada murtad," tambah beliau. 
 
"Pada masa yang sama Allah S.W.T mahu menunjukkan nilai beragama itu maka Allah bagikan prinsip tidak ada paksaan dalam beragama," katanya. 
Soalnya sekarang ni bukan pasal orang Melayu tu ada hak atau tidak. Majoritinya orang Islam di Malaysia ni lahir sebagai umat Islam. Dah banyak kali orang jelaskan.

Sejak lahir lagi, mereka diazankan atau diiqomah. Kemudian sewaktu membesar, mereka dididik dengan ajaran Islam. Maka, orang Melayu tu memang dah Islam sejak lahir.

Mana mungkin orang Islam di Malaysia ni wajar diberikan Hak Kebebasan untuk menukar agama mereka sekiranya mereka mencapai usia matang?

Jika seseorang Melayu Islam di Malaysia ni diberikan Hak tersebut, bagaimana pula dengan tanggungjawab ibu bapanya yang memang dah Islam tu?

Tidakkah mereka akan disoal diakhirat kelak mengenai tanggungjawab mereka ini? Kenapa mereka GAGAL mendidik anak - anak untuk teguh kepada Islam?

Malah, kalau Si Mujahid tu pun diberikan pilihan untuk membenarkan anak dia tukar agama, adakah dia akan bagi kebenaran tersebut?

Itu persoalannya. Untuk pengetahuan Si Mujahid ni, Melayu di Malaysia ni bukannya lahir Tanpa Agama!!! Diorang bukan Athies!!! Jangan la jadi bebal sangat!!!

Sebenarnya, Si Mujahid ni sekadar nak menyembunyikan kesilapan dan kegagalan yang dah dia buat. Dia jelas tak mampu nak memperbetulkan keadaan sebab dia jugak turut jadi panelis dalam Majlis tersebut. Bukannya dia nak menegakkan Islam sangat!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. sebagai umat islam yang cintakan agama Allah ini, maka marilah kita sama-sama mengamalkan bacaan yasin dan mohon Allah jauhkan bala yang dibawa oleh pakatan haram ini. dan sebagai mengambil berkat dari doa pemimpin yang adil lagi zuhud iaitu tuan guru nik aziz nik mat yang mashur itu maka marilah kita gunakan doa tersebut, “ya Allah dengan berkat bacaan yasin dan berkat doa tuan guru nik aziz nik mat yang telah memohon puak yang batil itu hancur lebur dan dihantar tentera ahzab musnahkan mereka … engkau hantarkanlah tentera ahzab dan musnahkan mereka yang batil itu … yang mengamalkan fahaman asobiyah iaitu mempertahankan puak-puak mereka sekiranya puak mereka berzina mereka halalkan dengan berkata tidak salah sifulan berzina dengan bini orang, dan berkata siapa yang fitnah pemimpin mereka meliwat maka orang tersebut perlu jilat kaki pemimpin tersebut dan menggunakan medan ceramah dan kutbah jumaat untuk mempertahankan pemimpin tersebut … itulah amalan asobiyah yang paling hina … musnahkan kesatuan mereka dan pemimpin mereka yang sesat dan menyesatkan itu … ilmuan mereka juga enggan menegur sesama sendiri apabila ada diantara mereka yang mahu berkawan dengan iblis demi menjatuhkan kepimpinan sekarang … musnahkan mereka itu kerana mereka adalah asobiyah yang dihina oleh nabiMu. dan ya Allah ya tuhanku engkau munsahkan pemimpin mereka yang meliwat itu sebagaimana engkau musnahkan puak nabi lut …”

    BalasPadam
  2. kalu dulu orang nyanyi demi negara sebagai lagu patriotik. la ni para pemimpin dok nyanyi demi undi kerana pru 13 dah hampir sangat. jadi selagi boleh beli undi, pakat jual la apa yang mereka nak jual,mula tu setakat jual air liur, kemudian jual janji, buat menifesto kemudian jual agama, bangsa, negara. mereka ni tak peduli dah. apa yg ada dalam kapla mereka ialah nak jadi calon dan menang serta dapat dok kat parlimen. rakyat jadi apa dalam masa 5 tahun, mereka tak peduli dah. kita rakyat juga yg merana dengan karenah ahli politik cap taik.

    BalasPadam
  3. :
    "Soalnya sekarang ni bukan pasal orang Melayu tu ada hak atau tidak. Majoritinya orang Islam di Malaysia ni lahir sebagai umat Islam."

    Kat atas ni pun kita buat silap. Bukan majoriti tapi orang Melayu adalah Islam. Sekiranya dia bukan Islam maka dia hilang status orang Melayunya. hehehehe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping