Sabtu, November 10, 2012


Kalau sebelum - sebelum ni, bukan main lantang lagi dia ni mengutuk orang itu dan ini. Siap buat tuduhan yang bukan - bukan lagi.

Bukan setakat dengan Perdana Menteri je yang dia lantang mengutuk, malah pemimpin - pemimpin BN lain pun turut menjadi mangsa dia jugak.

Sekarang, bila semuanya dah terdedah, baru la dia nak mendiamkan diri dan tak nak cakap banyak. Inilah padahnya kalau dok suka sangat kutuk orang. kan dah kena muka sendiri. Baru la Padan dengan Muka Dia!!! 
SHAH ALAM 9 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat cuba mengelak daripada menyatakan pendirian berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama sepatutnya terpakai sama rata dan bukannya hanya kepada orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Malah, beliau yang ditemui pemberita selepas memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini turut mengelakkan diri daripada menjawab tentang kekecewaan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang mendakwa Nurul Izzah tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu dipakai sama rata termasuk orang Melayu.

Nurul Izzah yang ditemani oleh peguamnya, Fadlina Sidek sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin bersama tiga lagi pegawai Bahagian Penguatkuasaan agensi agama itu selama kira-kira 30 minit.

Beliau berkata, pihaknya telah memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar kepada JAIS selain mengemukakan transkrip ucapannya semasa forum berkenaan dan keratan akhbar termasuk Utusan Malaysia.

''Saya datang berjumpa dengan Pengarah JAIS dan menceritakan perkara sebenar kepada Datuk Marzuki dan alhamdulillah JAIS memberikan kerjasama yang baik.

''Saya pergi bersama peguam saya, Fadlina Sidek dan setakat itulah kenyataan hari ini," katanya kepada pemberita selepas memberikan penjelasan kepada JAIS kira-kira pukul 11.30 pagi di pejabat JAIS di sini hari ini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping