Sabtu, November 03, 2012


Sudah menjadi norma buat Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Diorang dah terang - terang buat salah, tapi tak nak mengaku. Itu memang dah jadi Kebiasaan.

Nak pulak dengan Si Karpal Whilchar ni. Dia pulak memang pandai main Poo...Singh ni. Kalau bab putar belit ni memang tak de orang boleh lawan.

Tinggal lagi dalam keadaan sekarang ni, Si Karpal Whilchar ni yang dah terbelit. Dia sendiri dah terjerat dengan perangkap dia sendiri. Baru La Padan Muka Dia!!! Sendiricari penyakit, sendiri tanggung la woi!!! Siapa suruh dia bercakap guna Kepala Lutut!!!
Karpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa apa yang beliau katakan pada sidang akhbar di pejabatnya berhubung keadaan politik di Perak tiga tahun lepas, bukan bertujuan untuk mempertikai prerogatif sultan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, tujuan beliau hanyalah untuk menyuarakan pandangannya dari segi undang-undang dan cara Sultan Perak melaksanakan prerogatif baginda dalam menangani krisis berkenaan.

Segala apa yang dinyatakan kepada pemberita pada pukul 12.30 tengah hari pada 6 Januari itu bukan bersifat menghasut atau sebarang kesalahan lain, katanya ketika menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo.

Karpal memberitahu Hakim Datuk Azman Abdullah bahawa untuk menyokong pendapatnya tentang perkara itu, beliau menyediakan kenyataan akhbar secara bertulis dan membuat rujukan kepada beberapa kes undang-undang.

"Ia merupakan sidang akhbar penting berkaitan krisis politik di Perak dan adalah menjadi tugas saya, sebagai Ahli Parlimen, untuk memberi pendapat dari segi undang-undang tentang keadaan ketika itu, di mana penyelesaian terbaik bagi perkara berkenaan ialah membubarkan dewan undangan negeri," katanya.

Bagaimanapun, kata Karpal, semasa sesi soal jawab dengan wartawan, beliau tidak  mempersoalkan prerogatif sultan, tetapi menyatakan bahawa sultan terkhilaf apabila baginda mempersoalkan anggota dewan undangan negeri.

Menjawab soalan Gobind Singh apakah yang mendorongnya atau apakah yang terkandung dalam fikirannya ketika beliau membuat keputusan untuk memanggil sidang akhbar itu, Karpal Singh berkata ia berkaitan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.

"Di negara ini, parlimen pun bukan yang paling tinggi, hanya perlembagaan yang mempunyai kedudukan paling tinggi, bukan yang lain," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman akan disambung Khamis depan.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Baik korang bertaubat seblum trlmbt!!! Astaghfirullah alazim
    Saye cume bg nsihat Je!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping