Sabtu, November 03, 2012



Ramai yang sudah sedia maklum mengenai gossip pelakon cantik, Maya Karin dan aktor Remy Ishak yang dikatakan konon bercinta. 

Hal ini mula timbul apabila dua selebriti tersebut diliihat keluar makan bersama di sebuah restoran Jepun sebelum Maya memulakan ekspedisinya memanjat gunung Tserko Ri di Nepal.

Enggan mengulas lanjut gossip tersebut, Maya merasakan yang hal ini menjadi hangat gara-gara Remy yang sudah kembali solo setelah berpisah dengan Tiz Zaqyah. Maya menegaskan yang dia tidak selesa berkongsi soal hati di media kerana merasakan hal ini terlalu peribadi.

“Sejujur-jujurnya saya katakan yang saya memang solo dan sungguh gembira dengan kerja,keluarga serta rakan-rakan. Tidak dinafikan saya selesa berkawan rapat dengan Remy dan tidak lebih dari itu,”kata Maya ketika ditemui di majlis Sorella di Pavilion,Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengakui yang dirinya memilih, Maya meneliti watak dan skrip dahulu sebelum menerima tawaran filem. Maya bakal menyerikan pawagam pada 29 November ini menerusi filem Lagenda Budak Setan 2 disamping hero filem tersebut, Farid Kamil.

Maya turut berkongsi pengalamannya ke Kathmandu, Nepal baru-baru ini bersama ayah dan ibu tirinya. Dia menyifatkan yang perasan berada di puncak Gunung Tserko Ri adalah satu pengalaman yang begitu berharga. Cuaca yang begitu sejuk dan fasiliti yang tidak mengizinkan membuatkan dirinya pernah tidak mandi lebih dari dua hari.

“Percutian tersebut sudah dirancang oleh ayah saya sudah 3 hingga 4 bulan namun saya tidak belum member kata putus kerana jadual kerja yang tidak mengizinkan. Ayah saya begitu gembira kerana saya akhirnya Berjaya mengosongkan jadual dan mengikut ekspidisi tersebut,”kata Maya.

Begitu meminati aktiviti-aktiviti luar seperti memanjat gunung dan sebagainya, Maya memang berminat untuk bercuti mengelilingi dunia. Maya menambah yang dirinya begitu merindui untuk ski salji di Jepun dan berharap untuk bercuti sekali lagi ke negara matahari terbit tersebut.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping