Sebelum ini kita dah dengar yang Si Nurul Izzah kata dia nak saman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya. Lebih kurang macam Papa dia jugak la.
Dalam kes bapanya itu, yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal manakala bagi kes Si Nurul Izzah ni pulak Malaysiakini.
Tetapi nampaknya Si Nurul Izzah dan Papanya tu langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut, malah tidak langsung menafikan laporan mereka.
Sedangkan, akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana, kemudian menyiarkan ulasan, pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka.
Walaupun tiada putar-belit, tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini, tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali.
Nampak sangat kerisauan Si Nurul Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang ‘longgar’ terhadap soal murtad.
Melihat laporan ala novel sedih di Sinar Harian mengenai Kak Wan Azizah, tidak salah jika dikatakan bahawa Izzah benar-benar dalam keadaan tertekan.
Mana tidaknya. Sebelum ni, Si Suami dia selalu menafikan yang dia terlibat dalam pluralisme dan liberalisme, tetapi kini anaknya pula seolah-olah mengesahkannya.
Dari kenyataan Si Nurul Izzah tu telah menjelaskan segala bukti terhadap fahaman Si Ketua Penipu untuk dibangkitkan oleh para blogger.
Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa ‘semua agama adalah sama’, kembali dipaparkan untuk tatapan umum.
Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya.
Pendek kata, begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman pluralisme dan agenda liberal Si Ketua Penipu ni sebenarnya.
Mungkin strategi keluarga 69 ni untuk memulihkan pandangan ramai terhadap Nurul Izzah dan Si Ketua Penipu hanya dengan meraih simpati.
Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati bagi pihak Kak Wan je. Sebaliknya, ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Si Nurul Izzah.
Hakikatnya, Si Nurul Izzah bukannya mangsa. KONONnya dia ni nak sangat berangan jadi seorang ahli politik dan pemimpin.
Jadi, kalau dia nak buat sebarang kenyataan, dia kena bertanggungjawab ke atasnya. Kalau dia dah buat pendirian maka dia wajib mempertahankan pendiriannya.
Bukan ke Si Nurul Izzah ni pernah menuduh Perdana Menteri terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam yang kemudiannya berkait dengan pembunuhan.
Tuduhan ni satu tuduhan yang amat berat. Tinggal lagi, pada masa tu, adakah Si Nurul Izzah terfikir akan kesannya ke atas orang yang dituduhnya? Tidak.
Apakah Perdana Menteri meminta simpati rakyat agar mempercayai beliau dan bukan tuduhan Nurul Izzah serta kuncu-kuncunya? Tidak juga.
Ini menunjukkan yang Perdana Menteri tidak gentar kerana tuduhan tersebut tidak benar. Perdana Menteri juga faham dengan politik kotor Si Nurul Izzah tu.
Akhirnya, pihak Perancis sendiri tampil membongkar penipuan rangkaian yang berkait rapat dengan parti Si Nurul Izzah sendiri.
Memang jelas Si Nurul Izzah ni mudah gabra dan gentar. Tak macam PM apabila dituduh dengan tuduhan yang berat, beliau masih tenang.
Dengan cara tu rakyat pun boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Si Nurul Izzah ni bukannya mangsa putar belit sesiapa.
Tetapi dia benar-benar berpendirian sepertimana yang dinyatakannya, iaitu bahawa Umat Islam wajar diberi hak untuk menukar agama sepertimana penganut agama lain.
Ps: Orang nak jadi pemimpin, dia nak jadi pemimpin. Bila timbul kontroversi macam ni, mula meroyan tak tentu pasal. Kalau macam tu, baik tak payah jadi pemimpin. Duduk rumah, jaga suami, Ada jugak faedahnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.