Sabtu, November 03, 2012


Kalau dibawah ni, Bekas Pengasas kepada Parti Kencing Rakyat tu buat pendedahan mengenai dana yang diterima oleh Si Ketua Penipu tu.

Soalnya sekarang, siapa pulak yang dok bagi duit kepada Si Nurul Izzah dan adik beradik dia selama hari ini? Dari mana datangnya duit - duit tu semua?

Kalau diikutkan, kehidupan Si Nurul Izzah ni pun boleh tahan jugak mewahnya. Rumah pun harga berjuta - juta. Jadi dari mana pulak dia dapat duit? Takkan la dia kumpul duit sejak dari kecik jugak kot!!!
Pertubuhan hak asasi Suaram didakwa menyalurkan dana daripada sumber-sumber Yahudi termasuk George Soros kepada Parti Keadilan Rakyat dalam agenda untuk menabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kata pengasas PKR Ng Lum Yong.
 
Beliau menaksirkan RM30 juta dalam dana asing disalurkan oleh Soros dan sumber asing lain kepada Suaram, sebahagian besarnya untuk diagihkan kepada PKR dan badan-badan lain termasuk gerakan BERSIH.
 
"Saya anggap politik di Malaysia bukan politik tempatan, dia politik antarabangsa. Kita boleh nampak, sejak Parti Keadilan Nasional ditubuhkan (pada tahun 1999), Suaram mengambil peranan yang cukup penting kerana segala dana yang disalurkan ke PKR.
 
"Saya tahu kerana saya pengasas parti, saya memang duduk dalam jawatankuasa (pimpinan pusat). George Soros memang ada biayai aktiviti PKR. Dia seorang Yahudi yang menyokong (dasar-dasar) Israel," katanya kepada Antarapos.
 
Pendedahan Ng itu adalah kali pertama PKR dikaitkan secara langsung kepada Soros dan Suaram sendiri.
 
Sebelum ini siasatan rasmi kerajaan mendapati Open Society Institute yang diasaskan oleh Soros menyalur dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) kepada Suaram sepanjang tempoh 2007 hingga 2010.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, tempoh penerimaan dana tersebut adalah pada 2007, 2008 dan 2010.
 
"Melalui surat tawaran, Open Society Institute telah menyalurkan dana sebanyak AS$60,000 (RM186,144.11) pada 17 Oktober 2007, AS$68,775.65 (RM213,361.35) (18 Disember 2008), AS$60,000 (RM186,144.11) (12 Februari 2010) kepada Suaram.
 
Menurut Ng, penyaluran dana daripada Soros kepada Suaram untuk diagihkan kepada PKR dan pihak lain bermula lama sebelum itu. - Sumber
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping