“Saya adalah pengguna setia LUX. Sebelum saya menandatangi kontrak dengan mereka, saya memang sudah menggunakan mandian badan LUX.
Kalau produk mereka tidak bagus, tidak mungkin saya akan bersetuju menjadi duta mereka. LUX White Impress merupakan mandian badan yang paling saya gemari.
Sebelum ini saya pernah mencuba Lux Magical Spell dan LUX Soft Touch, tetapi saya lebih sukakan produk terbaru ini.
Ia membuat saya berasa hebat, glamor dan yakin dengan diri sendiri. Paling penting, LUX White Impress memiliki haruman cukup memikat, “ ujar Fazura yang ditemui ketika majlis pelancaran produk ini pada Selasa.
Sementara itu, menurut Pengurus Jenama Unilever bagi Pembersihan Kulit, Tanya Teng, LUX White Impress baru ini membolehkan setiap wanita bersinar dengan yakin kerana hanya dengan menikmati pengalaman mandian yang menyegarkan, mereka mampu memiliki kulit yang lebih cerah dan sehalus sutera.
Keistimewaan LUX White Impress ialah ia mempunyai ‘Triple-Action-System’ yang unik yang dirumuskan secara sempurna dengan ekstrak mulberi bagi mencerahkan tona kulit, madu bagi mengekalkan kelembapan dan mikro-kristal bagi pengelupasan kulit bagi menjadikan kulit sehalus dan selembut sutera.
Jadi, jika anda ingin tampil jelita seperti Fazura, cepat-cepat dapatkan LUX White Impress di pasaran. Hanya untuk masa yang terhad, pengguna berpeluang menjadi lebih berseri-seri dengan membawa pulang loket rantai Preciosa® Genuine Czech Crystal™ dengan setiap pembelian produk LUX bernilai RM20, yang mesti termasuk sekurang-kurangnya satu produk LUX White Impress di semua farmasi dan pasar raya yang mengambil bahagian.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.