Jumaat, November 09, 2012


Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia.

Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul IzzahPengaju soalan tersebut, Siti Kasim, berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.

Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November, sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, 
“Jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.”
Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, 
“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya, www.nurulizzah.com.
Namun, Mkini dotcom, portal pro pembangkang yang mula-mula melapor kenyataan Nurul Izzah di gereja itu hari ini mengeluarkan transkrip soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum itu yang amat berbeza dengan penjelasan Naib Presiden PKR.

Soalan yang diajukan dari Siti Kasim yang ditranskrip portal Mkini dotcom, “Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?”.

Jawapan Nurul Izzah juga turut ditranskrip portal itu, “Dan, apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran.

“Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, ‘Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)”. Hadirin bertepuk tangan.

“Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu. Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya.

“Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya”. (Loceng berbunyi menanda masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel). - seterusnya...

Ps: Pepatah orang lama menyebut; Sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Buat la kot macam mana pun, kalau dah kantoi tu, kantoi la jugak!!! Tak payah nak salahkan orang itu dan ini!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. http://bandar-penawar.blogspot.com/2012/11/pendedahan-jumaat-yang-mulia-wajib-baca.html

    BalasPadam
  2. Nurul izzah kurang baca buku dan kurang pengalaman. Masih anak 'MENTAH'.

    BalasPadam
  3. Sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa agama Islam dan hak muslim dibincang dalam gereja? Juga siapa Izzah untuk jadi wakil muslim Malaysia? Orang Islam di Malaysia ni dah tidak ada rasa cemburu ke agama kita yang suci dipermain-mainkan begini? Orang haprak begini ke kita nak lantik jadi pemimpin? Jenis yang tidak boleh ditegur. Siapa tegur akan disaman namun mengaku kesilapan pantang keturunan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping